Saturday, December 3, 2016

7 Kelebihan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh Manusia Dalam Jangka Panjang

Seperti yang kita ketahui, kelebihan minyak kelapa dara pada tubuh kita memang tidak dapat disangkal lagi sejak turun temurun di mana ia juga memberi kesan kebaikan jangka panjang jika ia diambil secara konsisten. Disini saya nak huraikan lagi kelebihan minyak kelapa dara  pada anda semua  supaya kita sedar dan mengambil langkah awal mencegah penyakit sebelum ia menjadi kronik.  Mencegah lebih baik dari merawat? Betul tak tuan/puan?

coconut on the leaf
Terdapat  7 kelebihan minyak kelapa dara yang memberi  kesan jangka panjang  pada sistem tubuh badan kita antaranya:
  1. Sistem  Pernafasan. – Membersih dan melancarkan laluan pernafasan  pada kerongkong yang mana kahak dapat dicairkan oleh minyak kelapa dara seterusnya melegakan  dan menormalkan pernafasan anda. Tiada sesak-sesak nafas lagi. In sha Allah

  2. Sistem Pelawasan– melancarkan  pembuangan air besar ,mencegah sembelit ,kencing tidak lawas dan membuang kotoran seperti toksin dalam badan melalu najis. Kadar toksin yang tinggi dalam tubuh umpama badan kita terkena racun. Kurangkan toksin atau racun melalui pengambilan minyak kelapa dara secara berterusan. Kelapa sebagai penawar racun, Anda pernah dengar ? .

  3. Sistem Metabolisma Badan –Dapat meningkatkan kadar metabolism pada sel tubuh dimana minyak kelapa dara akan diserap terus menjadi  komponen tenaga dalam badan. Bertambah tenagalah anda.Tiada rasa lesu dan malas selepas ini. Memang bersemangatlah dengan apa jua aktiviti harian anda.

  4. Sistem Penghadaman– memaksimumkan penghadaman makanan dalam perut dimana minyak kelapa dara bertindak sebagai pemusnah bagi organisma perosak (virus,bacteria,kulat,cacing) dalam usus kecil dan besar perut kita.

  5. Berat Badan – Anda akan rasa tidak mudah lapar dengan pengambilan minyak kelapa dara ini kerana sistem penghadaman anda telah mencapai tahap maksimum . So, berat badan dapat dikawal dengan mudah, berat badan idaman tentu dapat direalisasikan.

  6. Sistem  Imun atau Kekebalan Badan – meningkatkan kadar daya tahan badan dimana badan anda tidak mudah mendapat penyakit seperi demam,selsema dan sebagainya

  7. Pencegahan Penyakit Kronik –  Risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi dapat dikurangkan dimana minyak kelapa dara dapat mengelakkan dari terbentuknya plak pada saluran darah yang menhubungkan jantung anda. Selain itu, pengambilan minyak kelapa dara ini mengawal kencing manis ,panckreas bertindak lebih cekap mengeluarkan insulin sementara sel  bertindak dengan lebih efisyen dalam pengambilan gula dalam darah.
kelebihan minyak kelapa dara yang dihuraikan diatas memang banyak memberi manfaat kepada tubuh badan kita dalam jangka masa yang panjang. Kajian demi kajian oleh saintis barat mahupun timur, menemui minyak kelapa dara adalah ramuan yang terbaik dalam merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Seperti yang kita tahu, zaman sekarang, ramai orang muda sudah mendapat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung. Dahulunya peringkat umur  50an baru mendapat penyakit tersebut tetapi sekarang remaja 20-an sudah ramai mengidap  penyakit-penyakit kronik.  Dan seperti anda tahu juga, kos rawatan amatlah tinggi sehingga mencecah puluhan ribu dan mampukah anda membayarnya. Jadi oleh itu saya sarankan anda supaya mencegah sebelum ianya terjadi dengan pengambilan minyak kelapa dara ini secara konsisten. Amalkan dan yakin lah dengan izinNya, penyakit dapat dicegah dan dirawat.

Artikel Berkaitan:

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...