Monday, March 28, 2016

Datuk Siti Nurhaliza Nafi Khabar Angin Bakal Bersara Daripada Bidang Nyanyian

Bakal mengadakan Konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends pada 2 April ini bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur, ada khabar angin yang mengatakan ia adalah konsert terakhir Siti Nurhaliza sebelum beliau meninggalkan bidang nyanyian.
Ramai peminat yang meluahkan rasa kecewa dan pasti akan merindui alunan suara Siti Nurhaliza. Namun, berita itu adalah tidak benar.
Menurut Siti Nurhaliza, semua itu satu khabar angin sahaja dan beliau masih akan tetap terus menghiburkan peminatnya.
Berhenti? Saya tak boleh buat begitu kerana bagi saya, Allah SWT sudah mengurniakan bakat, pinjaman suara dan keupayaan yang ada dalam diri untuk saya terus menghiburkan peminat. Ia adalah tanggungjawab saya untuk terus menghiburkan semua yang sentiasa menyokong saya dari dulu sampai sekarang.
Seandainya saya berhenti atau terniat begitu, saya serahkan kepada Allah SWT untuk menentukan jalan hidup saya.
Sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza ada meluahkan hasratnya untuk berehat selepas keguguran, tetapi rezeki masih lagi berpihak kepadanya. Kami yakin, satu hari nanti jika benar beliau ingin berhenti pasti beliau sendiri akan mengumumkan perkara tersebut.  Buat masa ini, selagi beliau aktif teruskan menyokong beliau dan mendoakan yang terbaik buat kerjaya serta kehidupannya.
@beautifulnara.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...