Thursday, April 10, 2014

Teman Lelaki Eina Azman Tampil Beri Penjelasan

Ya nama Eina Azman memang hangat semenjak gambarnya bersama seorang lelaki tersebar baru-baru ini. Lelaki tersebut bernama Dato’ Paduka Gurmeet Singh atau lebih dikenali dengan gelaran Dato’ GMix. Kontroversi menghimpit pasangan ini kerana Dato’ GMix  dikatakan sudah bertunang dan Eina merampas Dato’ GMix daripada tunangannya. Macam pernah dengar kan cerita ini?
eina azman
Namun menerusi portal GUA, Dato’ GMix menerangkan perkara sebenar dan membebaskan Eina Azman daripada istilah “perampas”. Kata Dato’ GMix:-
Saya memang pernah bertunang sebelum ini pada 10 November 2012. Kami mengikat tali pertunangan selama enam bulan. Tapi dalam tempoh bertunang tersebut, bekas tunang saya masih mengamalkan cara hidup yang lama dan tidak pernah berubah. Selepas enam bulan keluarganya meminta keluarga saya bertemu dengan mereka untuk membincangkan hal perkahwinan.
Mereka beri tempoh satu bulan atau pertunangan tersebut putus. Dalam tempoh itu, saya tak pernah bawa keluarga saya berjumpa mereka dan saya anggap hubungan saya dan bekas tunang saya sudah berakhir. Saya tak faham kenapa orang suka buat cerita yang mereka tak tahu kebenarannya
Saya dah enam bulan bersama Eina dan saya juga pernah beritahu bekas tunang saya bahawa saya sekarang memiliki teman wanita. Malah dia sendiri pernah berbual dengan Eina.
Sepanjang saya bersama dia, saya bukan orang Islam dan saya masih belum memeluk agama itu. Tapi setelah mengenali Eina, saya lebih tertarik untuk belajar tentang Islam dan saya ada perancangan ke arah itu
Saya kenal Eina dah lama kerana saya kenal rapat dengan abangnya. Setelah kontroversinya dengan bekas kekasihnya, saya nampak Eina banyak berubah menjadi semakin baik dan matang. Yang penting, Eina tidak merokok dan tidak mengamalkan cara hidup liar
eina azman
Untunglah Eina Azman dapat kekasih hati bertaraf Dato’. Yang penting dengan penjelasan ini, Eina tidak lagi akan dituduh sebagai penghancur kebahagiaan orang lain. Semoga hubungan mereka berdua berkekalan dan ke jinjang pelamin. Besar pahala Eina kalau kekasihnya itu memeluk Islam suatu hari nanti. Sama-samalah kita doakan.
@beautifulnara.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...