Thursday, April 10, 2014

Hanez Suraya Gagal Selesai Secara Baik Kes Saman Malu Pembantu Peribadi

Cubaan menyelesaikan kes saman malu secara baik antara Hanez Suraya dan pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi. Hanez Suraya sebelum ini menyaman bekas pembantunya itu berhubung kenyataan memfitnah menerusi laman sosial. Kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan terma penyelesaian sekaligus menyebabkan kes ini akan dibicarakan.
hanez suraya
Untuk makluman, Hanez Suraya mendakwa bekas pembantu peribadinya itu telah memfitnah dan mengaibkannya menerusi laman sosial Instagram menerusi akaun ‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan pada 30 September hingga 15 Oktober tahun lepas. Perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa dirinya merupakan seorang pelakon yang sombong, kedekut, tidak menghormati orang lain, mata duitan, lupa diri, sering bermuka-muka dan tidak berfikiran matang.
hanez suraya
Hanez Suraya menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos, faedah, injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyebarkan fitnah terhadapnya dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Sumber asal Mstar Online.

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...