Tuesday, November 5, 2013

Perbicaraan Morsi ditunda

PENYOKONG Morsi berdoa di luar akademi polis tempat beliau dan penyokongnya dibicarakan di pinggir bandar raya Kaherah semalam.- REUTERS


KAHERAH - Mahkamah Mesir telah menunda perbicaraan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang didakwa terlibat dalam kematian penunjuk perasaan sewaktu tempoh pemerintahan beliau.
"Saya Dr. Mohamed Morsi sebagai presiden republik ini, mahkamah ini telah menyalahi undang-undang," tegasnya bagi menolak prosiding mahkamah.
Ia kemunculan awam yang pertama Morsi sejak kerajaan Mesir pimpinannya digulingkan oleh tentera pada Julai lalu.
Beliau menyelar tindakan menggulingnya oleh pihak tentera dan menyeru agar kepimpinan tentera menyerah diri ke mahkamah.
"Tindakan pihak tentera ini merupakan satu rampasan kuasa.
"Ketua dan pemimpin tentera hendaklah dibawa ke muka pengadilan kerana ini merupakan satu pengkhianatan dan berunsur jenayah," tambah Morsi.
Morsi hadir ke mahkamah dengan memakai pakaian formal dan bukan berpakaian putih seperti tahanan lain.
Turut dihadapkan ke mahkamah termasuk dua penyokong kuat Morsi, Essam Al-Erian dan Mohammed Al-Beltagui.
Mereka melaungkan 'Jatuhkan pemerintahan tentera' sewaktu bermulanya perbicaraan dan menepuk tangan ketika Morsi memasuki mahkamah.
Morsi mula berkuasa selepas memenangi pilihan raya bebas pertama negara itu pada Jun 2012 setelah namanya meningkat popular berbanding beberapa tahun sebelumnya.
Beliau telah didakwa bersama 14 yang lain kerana menyebabkan kematian penunjuk perasaan di berhampiran kediaman man rasmi presiden di sini pada Disember 2012.
Pihak mahkamah Mesir telah memutuskan untuk menangguh kes perbicaraan Morsi pada Januari tahun hadapan. - AFP
Homestay pilihan ramai di tiang dua, melaka! Klik!



Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1105&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2jkT5vH5i 
Hakcipta terpelihara 




Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...