Saturday, November 2, 2013

Lampu minyak tanah penerang Deepavali


SEORANG wanita menghias lampu minyak tanah di Dharavi yang terletak di Mumbai, India.


DEEPAVALI adalah antara perayaan terpenting dalam kalendar penganut agama Hindu. Secara harfiah, Deepavali bererti barisan lampu, sekali gus menjelaskan persoalan ramai mengapa ia diraikan dengan hiasan lampu-lampu yang indah.
Menjelang Deepavali, setiap rumah akan diterangi dekorasi lampu yang indah. Secara tradisional, lampu minyak tanah bersumbu kapas menjadi pilihan utama famili Hindu bagi menerangi kawasan rumah mereka.
Bagaimanapun, peredaran masa telah menghakis populariti lampu minyak tanah yang kini digantikan dengan lilin atau lampu elektronik berwarna-warni. Namun konsep perayaan yang sinonim dengan gelaran pesta cahaya itu tetap dikekalkan.
Di beberapa daerah di India seperti Amritsar dan Allahab, India penduduknya masih menghargai kehalusan seni lampu minyak tanah. Kualiti dan keagungan nilai lampu tersebut masih menerima apresiasi membanggakan setiap kali perayaan Deepavali.

BISNES lampu minyak tanah tradisional di Hyderabad masih memberangsangkan terutama menjelang perayaan Deepavali.


Cara lama
Proses penghasilan lampu minyak tanah tradisional juga dikerjakan mengikut cara lama. Memilih tanah liat terbaik, membentuk bekas-bekas lampu menjadi tembikar kecil dan kemudiannya dikeringkan dalam jumlah yang banyak secara serentak.
Selepas ia kering, proses seterusnya diambil alih pereka hiasan yang bertanggungjawab mewarna dan mencorak lampu-lampu tersebut. Langkah itu juga merupakan prosedur terakhir sebelum ia dipasarkan.
Signifikan kepada penggunaan lampu minyak tanah pada Deepavali dipinjam daripada hikayat popular dalam kalangan penganut Hindu iaitu ketika kepulangan Rama ke Ayodhya selepas hidup dalam buangan bersama isteri dan adik lelakinya selama 14 tahun.
Rakyat Ayodhya menyalakan lampu sebagai keraian kepulangan raja mereka yang kemudiannya diteruskan sebagai tradisi sehingga kini. Di selatan India, orang ramai meraikan Deepavali sebagai tanda kejayaan Dewi Durga menumpaskan kuasa jahat bernama Narakasura.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2jTXzlFdI
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...