Monday, November 4, 2013

Edisi Wanita! Gian memancing selepas umpan mengena




PEMANCING wanita amatur itu kelihatan terkial-terkial ketika cuba memasang umpan ke mata kail sebatang joran yang dihadiahkan oleh suaminya. Biarpun kurang arif dengan apa yang dilakukannya, beliau tekun mencuba. Berkali-kali juga kedengaran suara si suami yang duduk di sisi memberitahu satu demi satu langkah yang betul untuk memancing.
Lagi ditegur, lagi kusut jadinya. Hartini Che Mat, 36, meminta pertolongan si suami untuk merapikan semula tali joran yang berselirat dikerjakannya.
“Saya mula berminat untuk memancing selepas berjaya mendapat ikan sewaktu mengikut suami memancing di Kolam Taman Templer, Rawang di Selangor.
“Perasaan gembira tidak dapat digambarkan pada masa itu. Rasa macam gian untuk keluar memancing lagi,” kata wanita yang menetap di Gombak, Selangor itu.
Beliau merupakan salah seorang daripada peserta kelas memancing dalam teknik balingan joran khas untuk golongan wanita yang dianjurkan secara percuma baru-baru ini.
Kelas tersebut mendedahkan peserta kepada teknik-teknik asas yang perlu diketahui ketika membaling joran dan cara memasang umpan dengan betul.
Tambah Hartini, beliau berasa kekok dan menganggap aktiviti memancing itu sesuatu yang susah sehingga membuatkan dirinya disulami perasaan gementar. Semuanya gara-gara ibu kepada dua orang cahaya mata itu belum mahir teknik-teknik asas memancing.
Pada mulanya, Hartini pernah mempersoalkan tindakan suaminya yang obses dengan aktiviti memancing. Beliau beranggapan memancing merupakan hobi yang mahal kerana menelan banyak belanja.
“Saya pernah tanya kepada suami kenapa dia sanggup membazirkan wang untuk membeli peralatan memancing. Namun, selepas saya merasa sendiri keseronokan aktiviti ini, baru saya memahami perasaannya.
“Kelas memancing seperti ini wajar dianjurkan lebih kerap untuk membuka peluang kepada lebih ramai pemancing wanita mendapatkan ilmu yang bermanfaat,” jelasnya yang baru kali pertama menyertai kelas tersebut.

PEMANCING perlu memahami habitat kawasan yang dikunjungi.


Kini, Hartini pasti membawa anak-anaknya menemani beliau dan suami keluar memancing setiap kali ada masa lapang atau pada musim cuti sekolah.
Ahli perniagaan wanita, Normala Abd. Rahman, 27, mengakui minatnya yang mendalam terhadap aktiviti memancing sudah masuk tahun ketiga. Beliau tidak kisah berhabis wang semata-mata untuk mengumpul kelengkapan memancing yang kini sudah mencecah ribuan ringgit.
Normala yang mesra disapa Mala agak keberatan untuk memberitahu jumlah sebenar wang yang dilaburkan bagi tujuan tersebut. Baginya, biarlah jumlah berkenaan kekal rahsia agar dapat mengikis pandangan orang ramai yang beranggapan aktiviti memancing merupakan satu hobi yang mahal.
Ketenangan
“Memancing bukan sahaja memberikan kepuasan ketika memperoleh tangkapan tetapi saya lebih suka dengan ketenangan yang diperoleh ketika memancing.
“Saya gemar memancing di laut kerana lokasi tersebut seolah-olah mempunyai aura ketenangan yang sukar didapati di mana-mana. Ia sedikit sebanyak mengurangkan tekanan setelah penat bekerja,” jelas Mala yang berasal daripada Johor Bahru, Johor itu.
Katanya, minat memancing bermula selepas berpeluang mengikuti ibu saudaranya memancing. Kegilaan ibu saudaranya itu terhadap hobi tersebut kini berjangkit kepada Mala pula.
Seperti hobi yang lain, memancing juga memiliki risiko keselamatan yang perlu diberi perhatian. Mala tidak menolak hakikat bahawa pemancing wanita tidak seperti pemancing lelaki yang boleh keluar memancing ke tengah laut atau kelong bersendirian.
Selain kelengkapan memancing yang banyak, pemancing wanita juga memiliki kekuatan yang terbatas untuk membawa kesemua peralatan memancing.

SEBAHAGIAN daripada para peserta wanita yang menyertai bengkel memancing yang dianjurkan di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.


Cabaran lain yang perlu dihadapi ialah kekangan masa dan komitmen wanita sebagai pekerja, ibu dan isteri.
“Wanita bujang mungkin tidak menghadapi masalah untuk bergerak mengikut kehendak mereka. Apa yang penting, pemancing wanita harus keluar secara berkumpulan demi keselamatan masing-masing,” jelasnya.
Setakat ini, Mala sudah memiliki 13 joran pelbagai saiz dan kegunaan. Mala turut menulis tentang hobinya itu di blog superyounglady.blogspot.com untuk berkongsi tip dan pengalaman bersama pemancing wanita lain.
Minatnya yang mendalam terhadap hobi tersebut mendorong Mala menubuhkan Kelab Memancing Wanita.
Sementara itu, Presiden Persatuan Memancing Malaysia, Ridzuan Ghazali memberitahu, pihaknya mengadakan kelas memancing wanita bagi menghimpunkan mereka untuk sesi pengenalan dan menilai pengetahuan pemancing wanita terhadap aktiviti tersebut.
Modul kelas
“Selepas pengetahuan setiap peserta dapat dinilai, barulah kami menyediakan modul yang sesuai bagi kelas yang akan datang.
“Selain itu, kelas ini turut mengajar peserta tentang teknik-teknik memancing menggunakan umpan tiruan yang jauh lebih mudah dan mudah,” katanya ketika ditemui di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Ridzuan, aktiviti memancing sudah dianggap sebagai satu bentuk aktiviti rekreasi dan pakaian pemancing masa kini tidak lagi kotor seperti sebelum ini. Umpan tiruan yang digunakan lebih bersih dan bukan daripada cacing, serangga atau tepung.
Beberapa etika memancing yang diterapkan dalam kelas tersebut adalah aspek hormat pada orang lain, penjagaan dan pemuliharaan ikan. Pemancing perlu tahu jenis ikan yang boleh dibunuh adalah daripada ikan luar yang mampu merosakkan ekosistem kawasan tersebut.

JENIS-JENIS umpan tiruan yang digunakan oleh pemancing.


Selain itu, aspek lain yang ditekankan ialah hormat kepada alam sekitar, tidak lokek ilmu memancing antara peserta dan kepentingan menjaga keselamatan diri sendiri serta orang awam.
Kelas tersebut diadakan secara percuma dan akan diadakan dengan lebih kerap pada masa depan bagi menggalakkan lebih ramai wanita melibatkan diri dengan aktiviti memancing.
“Saya amat berharap kerajaan dapat memberikan galakan dan mengiktiraf aktiviti memancing sebagai satu bentuk sukan. Peralatan memancing agak mahal tetapi jika pelepasan cukai dapat diberikan kepada si pembeli sama seperti barangan sukan yang lain, sudah tentu semakin ramai orang awam berminat dengan aktiviti memancing.
“Bukan itu sahaja, aktiviti memancing ini dapat menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan di negara kita. Bayangkan jika seorang pemancing membeli kelengkapan peralatan mencecah RM10,000, berapa pendapatan yang boleh dijana jika 1,000 rakyat Malaysia gemar memancing?,” katanya penuh semangat.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2jfgzyp6B
Hakcipta terpelihara 


JOM KE KELONG ABU, PULAI MELAKA! KLIK!




 
Cuaca yang cantik dan saya bersama gerut2..


 
rakan2 sedang bersantai sambil menunggu tarikan dari bawah

 
Ewak@organizer menyediakan jemput2 udang..mmg sedap

 
ottai sedang siang ikan utk lauk malam dan aizat bersama gerut2


 
Masakan ewak memang sedap.. kari india senangin dan gerut2

 
Kari yang nyaris buat saya muntah kekenyangan..hehe

 
aizat dan ikan yang meragut jorannya..

 
saya bergambar dengan kurau untuk kenangan..

 
Antara hasil 3 hari 2 malam sebanyak 6 tong..

 
Duri je dah 3 tong..

 
Bergambar kenangan sebelum mengeteh dan pulang..

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...