Sunday, November 3, 2013

Chacha Maembong retak tangan kanan jatuh tandas

chacha maembong
Adik kepada Emma Maembong iaitu Chacha dilaporkan patah di bahagian pergelangan tangan kanannya akibat terjatuh di lokasi penggambaran drama slot akasia, malam tadi.
"Chacha terjatuh selepas keluar dari tandas. Mula-mula dia diamkan saja tetapi selepas kesakitannya mulai terasa, dia memberitahu pihak produksi. Kemudian dia dibawa ke klinik. 
Semasa berlaku kejadian ini pihak produksi dan pengurusan WFE telah membawa ChaCha ke hospital untuk dirawat, selepas menjalankan x-ray kepada tangan kanan ChaCha doktor telah megesahkan pergelangan tangan kanan ChaCha telah retak dan perlu disimen untukmengelakkan kecederaan terus berlaku. Pergelangan tangan ChaCha disimen untuk tempoh tiga minggu.
Mari kita doakan semoga ChaCha cepat sembuh dan boleh terus berkarya untuk drama-drama terbarunya. Buat masa nie ChaCha berehat di rumah untuk memastikan pergelangan tangan kanan sembuh sepenuhnya.
@limauais.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...