Wednesday, November 6, 2013

Anak jumpa semula ibu selepas 63 tahun


ROSALINA (empat dari kiri) menyuap kek ke mulut Yie Keaw sambil disaksikan lima lagi adik-beradiknya yang lain di Kampung Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan semalam.


KOTA BHARU – Seorang wanita hanya mampu menitiskan air mata apabila dapat bertemu semula dengan ibu kandungnya dan lima lagi adik-beradik perempuannya yang terpisah sejak 63 tahun lalu apabila mereka kembali ke negara asal di China.
Rosalina Ahmad, 63, bersyukur kerana dapat mengucup dahi ibunya, Wong Yi Keaw, 79, semalam selepas dia hampir putus asa mencari ibu kandungnya itu sekian lama.
Suasana terharu itu tergambar apabila kesemua mereka bertemu di rumah Rosalina di Kampung Padang Bongor di sini dengan bantuan pemimpin MCA di Gua Musang, Lew Kew, 66.
Lima beradik kandung yang hadir pada pertemuan itu ialah Yang Chai Qin, 61; Yang Mei Lian, 57; Yang Chai Ping, 56; Yang Jun Na, 52, dan Yang Xiao Fen, 50. Kesemua mereka menetap di Wilayah Hainan, selatan China.
“Kegembiraan saya tidak boleh digambarkan lagi. Kalau boleh saya mahu satu dunia tahu bahawa saya sudah berjumpa kembali dengan ibu saya dan adik-beradik yang lain,” katanya ketika ditemui pada majlis kesyukuran di rumahnya di sini.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2jrCV2Rox
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...