Wednesday, October 23, 2013

Jennifer Lopez Putus Cinta Dengan Casper Smart

JLo dan Casper akhirnya putus cinta selepas dua tahun menjalinkan hubungan.
SELEPAS dua tahun menjalinkan hubungan cinta, akhirnya Jennifer Lopez dan kekasihnya Casper Smart dikhabarkan putus.
Menurut laporan Showbizspy, Jennifer yang juga dipanggil JLo itu merasakan dia dan Casper sudah tidak serasi dan tiada lagi perasaan kehangatan cinta dalam diri.
"JLo telah 'membuang' Casper. Mereka sering bergaduh tanpa sebab. Adakalanya JLo seperti sengaja mencari masalah dalam perhubungan itu," kata sumber.
Bukan hanya memutuskan hubungan, JLo juga tidak meninggalkan apa-apa pada Casper dan semua kemewahan yang diberi telah diambil balik.
"Dia tidak memberikan Casper apa-apa pun dan mengatakan 'kau datang dengan tangan kosong, dan kau juga harus pergi dengan tangan kosong'," tambah sumber tersebut.
@mstar.com.my

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...