Wednesday, October 23, 2013

Kes Bunuh Remaja Perempuan: Suspek Mengaku Bunuh Selepas Diasak Dengan Soalan Bertubi-tubi.

Mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai, Ng Yuk Tim ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian di Jalan Kebun Nenas Shah Alam pada 10 malam Selasa. - Foto M. Azhar Arif/The Star.
PETALING JAYA: Seorang gadis 15 tahun yang dilaporkan hilang dipercayai dibunuh telah ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian dengan suspek berjaya ditahan polis dengan bantuan seorang pemerhati jenayah.
Suspek berusia 23 tahun, merupakan rakan kepada remaja perempuan itu, telah membawa pihak berkuasa kepada penemuan mayat dalam sebuah beg pakaian di tepi Jalan Kebun, Shah Alam malam Selasa.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek mengaku membunuh gadis itu di rumahnya setelah gagal merogolnya dan dibawa masuk ke ibu pejabat polis Petaling Jaya pada pukul 6.30 petang oleh seorang awam yang juga pemerhati jenayah.
"Dia (suspek) membawa polis ke tempat kejadian di mana kami telah menemui mayat di dalam sebuah beg pakaian di tepi jalan berhampiran pada kira-kira pukul 8.30 malam," katanya pada sidang media di lokasi kejadian.
Ng Yuk Tim meninggalkan rumahnya pada pukul 11 ​​pagi Isnin dan pergi ke rumah lelaki itu di Kelana Jaya untuk membuat pakaian cosplay bagi acara yang akan datang.
Ibu Ng Yuk Tim menunjukkan gambar anaknya yang hilang.
Lelaki itu pada mulanya mendakwa dia telah menghantar Yuk Tim di stesen LRT Kelana Jaya pada kira-kira pukul 3.30 petang.
Ibu mangsa yang khuatir dengan kehilangan anak perempuannya itu telah meminta pertolongan seorang pemerhati jenayah untuk membantunya mencari mangsa.
Pemerhati jenayah itu yang dikenali sebagai Kuan Chee Hong kemudiannya bersetuju untuk bertemu ibu mangsa di sebuah restoran di Kelana Jaya.
Dia dapati suspek turut berada bersama ibu mangsa untuk menemuinya.
Ketika mereka sedang berbual, Kuan menyedari terdapat kesan gigitan pada tangan kiri suspek.
Dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena lalu menyoal siasat suspek dengan soalan yang bertubi-tubi yang akhirnya membawa kepada pengakuan suspek yang dia cuba merogol mangsa dan apabila mangsa bertindak mengigit tangannya dia telah menghentak kepala mangsa dengan satu objek sekaligus membawa kepada kematian mangsa.
Kuan kemudiannya menyerahkan mangsa kepada polis Petaling Jaya.
@mstar.com.my

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...