Thursday, October 31, 2013

Kami Memang Tidak Bercinta – Shah Iskandar


Kami Memang Tidak Bercinta   Shah Iskandar
Minggu lepas OHBULAN! ada keluarkan kenyataan Anzalna yang membidas Shah Iskandar selepas aktor tersebut menafikan dakwaan sedang bercinta dengan kakak Anzalna iaitu Diana Nasir.
Menurut Anzalna, dia mempunyai bukti perbualan mesra antara Shah dan kakaknya yang tidak ubah seperti pasangan bercinta.
Artikel berkaitan:
Dan kali ini, Shah sekali lagi tampil memberi kenyataan menerusi portal majalah hiburan yang mengakui ada menghantar mesej-mesej tersebut kepada kepada Diana di awal perkenalan.
Saya akui mesej-mesej yang dimaksudkan oleh Anzalna. Pada saya itu mesej-mesej manja di mana pada awal perkenalan saya dan kakaknya. Tapi, memasuki bulan keempat saya dapat rasakan perkenalan ini tidak boleh pergi lebih jauh.
Saya tidak cakap dia ‘bad person’ tapi sikap saya sendiri yang tidak boleh meneruskan perhubungan itu. Kiranya antara kami memang tidak bercinta tapi baru mula nak berkenalan.
Kami Memang Tidak Bercinta   Shah Iskandar
Kakak Anzalna, Diana Nasir
Namun begitu, Shah berpendapat tindakan Anzalna yang membawa perkara ini ke pengetahuan umum dilihat seakan mahu menjatuhkannya.
Saya tidak faham kenapa Anzalna perlu masuk campur. Ini antara saya dan Diana. Saya tahu niatnya mahu mempertahankan kakaknya, tapi bukan begini caranya. Cara Anzalna tidak betul.
Untuk pengetahuan anda, kisah cinta Shah Iskandar dan Diana Nasir mula mendapat perhatian apabila Diana mengemaskini status di Facebook mengatakan akan merindui Shah yang ketika itu berada di Cape Town.
Kami Memang Tidak Bercinta   Shah Iskandar
Namun tindakan Diana itu menyebabkannya dipandang serong oleh peminat apabila Shah menafikan mereka menjalin hubungan cinta sebaliknya hanya kawan biasa.
@ohbulan.com
 
@ohbulan.com

Diana Amir & Suami Ingin Segera Timang Anak


Diana Amir & Suami Ingin Segera Timang Anak
Pasangan suami isteri mana yang tidak mahu menimang cahaya mata? Itu juga merupakan impian yang bermain-main di dalam fikiran pengantin baru, Diana Amir dan suaminya, Mohb Habib Bullah.
Diana yang ditemui sewaktu majlis pernikahannya mengakui tidak sabar untuk menerima kehadiran anak kecil di dalam keluarga yang baru dibinanya.
Saya sukakan kanak-kanak. Malah sebelum ini pun saya mengiginkan anak lebih daripada saya inginkan seorang suami. Jadi, bila saya dah berkahwin ni, saya bersedia sekiranya ditakdirkan hamil dalam tempoh terdekat kerana semua itu rezeki daripada Ilahi.
Sementara itu, Habib pula berharap semoga dia dan isteri dikurniakan zuriat secepat mungkin dan tidak kisah dengan bilangan anak yang ramai.
Soal berapa orang anak kami tidak merancang. Berapa ramai pun yang Allah kurniakan, kami terima dan tidak kisah anak ramai.
Diana Amir & Suami Ingin Segera Timang Anak
Bagaimanapun, kedua-duanya masih belum memikirkan tentang destinasi bulan madu memandangkan mereka cuma bercuti selama dua hari sahaja sebelum masing-masing sibuk dengan aktiviti.
Namun menurut Diana, dia akan mengurangkan aktiviti kerjanya buat sementara waktu untuk menumpukan perhatian kepada suami.
Selepas ini saya akan kembali bekerja tapi dalam masa sebulan ini saya akan kurangkan kesibukan saya demi suami. Bila dah berkahwin ni tanggungjawab makin bertambah. Bukan setakat uruskan diri saya seorang sahaja, malah suami juga.
Beralih kepada soal kerjaya Diana sebagai pelakon pula, Habib sama sekali tidak melarang atau meletakkan syarat penting untuk isterinya terus berlakon.
Diana Amir & Suami Ingin Segera Timang Anak
Jika Diana masih mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan selagi apa yang dibuatnya tidak melanggar hukum syarak, saya tidak keberatan untuk membiarkan dia terus berada di dalam bidang lakonan.
Menurut Habib lagi, dia juga tidak kisah untuk menemankan Diana ke mana-mana memandangkan dia juga kini sudah berhenti sementara sebagai pensyarah dan sedang melanjutkan pelajaran.
Selain daripada itu, pasangan ini telah merancang untuk sama-sama mengusahakan perniagaan Diana Amir Ekslusif yang menjual pakaian muslimah dan majlis motivasi.
@ohbulan.com

Foto: Misha Omar Juga Sudah Bertudung?


Foto: Misha Omar Juga Sudah Bertudung?
Jika semalam OHBULAN! menyiarkan foto Mizz Nina yang sudah berhijab, hari ini kami juga ingin berkongsi kecantikan wajah Misha Omar apabila dia memakai tudung.
Mesti ramai antara anda yang tertanya-tanya adakah Misha Omar juga sudah mengambil langkah untuk bertudung sepenuh masa atau hanya untuk majlis-majlis tertentu.
Untuk pengetahuan anda, Misha memakai tudung kerana menghadiri kusus perkahwinan beberapa minggu lepas bersama bakal suaminya.
Foto: Misha Omar Juga Sudah Bertudung?
Penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Untuk Bermimpi ini nampaknya sudah bersedia mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam perkahwinan yang dijangka akan berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan.
Walaupun cuma bertudung untuk masa-masa tertentu, kelihatannya Misha langsung tidak kekok untuk menggayakan tudung yang dipakai. Malah penyanyi ini kelihatan lebih muda berbanding usia sebenarnya.
Bagi yang tidak berpeluang melihat foto Misha Omar bertudung, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping untuk tatapan anda.
Screen Shot 2013-10-28 at 23.09.02
Screen Shot 2013-10-28 at 23.10.16
@ohbulan.com

Foto : Uqasha Tetap Adakan Majlis Harijadi Pekin


Foto : Uqasha Tetap Adakan Majlis Harijadi Pekin
Sekitar minggu lepas, industri hiburan dikejutkan dengan isu kononnya pasangan selebriti terkenal, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose putus tunang gara-gara orang ketiga.
Berikutan insiden tersebut, nama aktor, Sharnaaz Ahmad telah dikaitkan dalam hubungan cinta mereka sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi kurang enak di kalangan pihak media dan peminat setia mereka berdua.
Artikel Berkaitan :
Namun begitu, segala spekulasi tersebut terlerai apabila Pekin akhirnya mengaku semua itu hanya sekadar salah faham dan tujuan utama Uqasha berhubung dengan Sharnaaz adalah untuk merancang kejutan harijadinya yang jatuh pada tanggal 26 Oktober lepas.
Foto : Uqasha Tetap Adakan Majlis Harijadi Pekin
Uqasha Senrose di majlis harijadi Pekin
Setelah timbul kontroversi tersebut, pasti ramai yang beranggapan kejutan harijadi Pekin sudah terbatal bukan? Akan tetapi, nampaknya perkara tersebut langsung tidak menjejaskan rancangan Uqasha untuk memberi kejutan buat kekasih hatinya itu.
Buktinya boleh dilihat menerusi beberapa foto yang telah dikongsikan oleh Uqasha di laman sosialnya beberapa hari lalu. Menerusi perkongsian foto tersebut, majlis harijadi Pekin telah berjalan dengan lancar dan ia turut dihadiri oleh pasangan pelakon terkenal, Qi Razali serta Nelydia Senrose.
Dalam pada itu, melalui sekeping foto yang dikongsikan, Pekin turut melahirkan rasa terharu terhadap kejutan yang telah dirancang oleh kekasih hati dan akui Uqasha merupakan pasangan yang terbaik buat dirinya.
Untuk semua peminat Pekin dan Uqasha, jom lihat beberapa foto menarik serta video mesra mereka selepas ini.
Pekin & Uqasha 9
Pekin & Uqasha 3
Pekin & Uqasha 7
Pekin & Uqasha 8
@ohbulan.com

Saya Sedang Bercinta – Maya Karin


Saya Sedang Bercinta   Maya Karin
“Gosip yang diperkatakan itu benar, saya sedang bercinta dengan seseorang.”
Mungkin kerana sudah penat dengan pelbagai gosip dan khabar angin yang diterima, Maya Karin akhirnya mengakui dia sedang bercinta dengan seseorang kepada akhbar Kosmo! hari ini.
Bagaimana pun, pelakon jelita ini masih tetap merahsiakan identiti jejaka bertuah tersebut.
“Bukan saya tidak mahu berkongsi dengan peminat, tetapi buat masa ini saya tidak dapat memberitahu dengan siapa saya bercinta.”
Saya Sedang Bercinta   Maya Karin
Maya Karin pernah digosipkan bercinta dengan Remy Ishak
Menjawab pada gosip mengatakan dia seorang yang memilih pasangannya, Maya menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang yang memilih dan mengakui dia juga mengidamkan lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman.
“Saya jenis tidak memilih tetapi saya mempunyai ciri-ciri lelaki idaman tersendiri seperti wanita yang lain.
“Namun ciri-ciri tersebut tidak mempunyai bangsa yang khusus serta saya juga tidak mengambil kira warganegara sesorang itu sebelum menjalinkan hubungan kerana saya seorang yang terbuka.”
Sehingga kini, masih belum ada foto Maya Karin bersama jejaka yang dikatakan. Tak diakui diakui, Maya Karin memang seorang yang pandai berahsia. Apa pun, semoga berbahagia buat Maya Karin.
@ohbulan.com

Foto : Elfira Loy Tampil Dengan Imej Terbaru


Foto : Elfira Loy Tampil Dengan Imej Terbaru
Sebelum ini peminat sering melihat pelakon genit, Elfira Loy tampil dengan imej berambut panjang bukan?
Namun begitu, baru-baru ini, Elfira telah mengubah imej baru buat dirinya, di mana, pada kali ini pelakon wanita tersebut dilihat lebih selesa untuk tampil dengan imej berambut pendek.
Melalui perkongsi foto-foto di laman sosial pelakon drama Demi Dia itu, penampilan terbaru Elfira ini membuatkan aktres tersebut kelihatan lebih muda dan comel. Bersesuian dengan umurnya yang baru berusia 19 tahun.
Foto : Elfira Loy Tampil Dengan Imej Terbaru
Elfira tampil dengan imej rambut pendek
Meneliti setiap caption yang dikongsikan, pada awalnya Elfira akui merasa sangat gementar untuk mengubah gaya rambut, akan tetapi, setelah mendapat sokongan daripada rakan-rakan terdekat, aktres tersebut bersetuju untuk mengubah rambutnya kepada potongan yang lebih ringkas dan menarik.
Untuk rambut terbarunya itu, Elfira telah mendapatkan khidmat nasihat daripada pendandan rambut kegemarannya sendiri.
@ohbulan.com

HOT STORY!! Shila Amzah Pilih Johan As’ari


Shila Amzah Pilih Johan Asari
Mesti ramai pembaca di luar sana yang beranggapan hubungan antara Shila Amzah dan Johan As’ari sudah melangkah ke fasa seterusnya sebaik membaca tajuk di atas.
Apatah lagi sejak kebelakangan ini kedua-duanya gemar berkongsi foto bersama dan berbalas komen di laman sosial seakan pasangan yang sedang dilamun cinta.
Bahkan ibu masing-masing juga dilihat kerap meluangkan masa bersama-sama. Ini sekaligus menguatkan dakwaan yang mengatakan sesuatu sedang terjalin di antara penyanyi dan pelakon terkenal ini.
Shila Amzah Pilih Johan Asari
Bagaimanapun, tajuk diatas sebenarnya merujuk kepada keputusan Shila yang telah memilih Johan sebagai pelakon utama di dalam muzik video terbarunya.
MV Masih Aku Cinta yang pertama kali dipertontonkan kepada media pada petang semalam sedikit sebanyak menimbulkan persoalan berkenaan hubungan mereka.
Menurut Shila, pemilihan Johan dibuat atas persetujuan bersama dengan pengarahnya, Ghaz Abu Bakar bagi mewujudkan kesan mendalam terhadap lagu dan MV tersebut.
Saya serahkan kepada Ghaz untuk memilih. Bila dia dapat tahu saya dan Johan digosipkan bercinta, dia panggil Johan untuk menjadi pelakon utama. Tujuannya adalah untuk membuatkan penonton merasa keperitan di sebalik lagu tersebut. Kalau nak tahu, Ghaz suruh Johan bayangkan bagaimana rasanya putus cinta dengan saya untuk menghasilkan emosi sedih.
Shila Amzah Pilih Johan Asari
Namun di dalam kehidupan sebenar, penyanyi ini masih selesa berkawan rapat dengan Johan tanpa mengesahkan hubungan mereka sebagai pasangan bercinta.
Johan antara sahabat saya yang paling rapat. Kami lebih selesa begini daripada mengisytiharkan kami bercinta.
Bagaimanapun, Shila akui langsung tidak menolak seandainya bertemu jodoh dengan Johan ataupun bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.
Siapalah saya untuk menolak jodoh? Saya terima walau siapa pun jodoh saya tetapi biarlah lelaki itu seorang yang baik dan cukup ilmu agamanya.
Andai kata rezeki saya untuk berkahwin tiba dalam masa terdekat, saya juga tidak menolak. Tetapi buat masa sekarang saya akan tumpukan perhatian dengan kerjaya saya dahulu. Impian saya besar sebenarnya, dan saya sedang lakukan apa yang perlu untuk capai cita-cita saya.
Shila Amzah Pilih Johan Asari
Shila yang ditemui sewaktu majlis Pengisytiharan Bintang Bertaraf Antarabangsa bersama Warner Music Malaysia di Damansara semalam sempat melahirkan rasa bersyukur kerana dapat bernaung di bawah syarikat rakaman terkemuka itu.
Pihak Warner menawarkan saya berada di bawah naungan mereka dan saya fikir ini adalah peluang terbaik kerana ia dapat memudahkan saya dalam menguruskan kerjaya seni di Malaysia.
Memandangkan saya banyak menghabiskan masa di China, saya perlukan pengurusan yang boleh mempromosikan album saya di negara ini.
Bagi yang ingin melihat bagaimana Johan berlakon dalam MV Masih Aku Cinta, anda perlu menunggu sedikit masa lagi sehingga ia siap sepenuhnya. Pelancarannya akan diberitahu kelak oleh pihak Warner Music Malaysia sendiri.
@OHBULAN.COM

FOTO MIZZ NINA SUDAH BERHIJAB PENUH SELEPAS PULANG HAJI...ALHAMDULLILAH!!!!!

mizz nina sudah berhijab penuh selepas pulang haji

Sebelum penyanyi, Mizz Nina menunaikan Haji pun Murai Batu lihat dia sudah mula mengenakan tudung, tapi Murai Batu perasan penyayi itu hanya berhijab setiap kali pergi ke kelas mengaji atau ke kelas agama sahaja.
Namun, selepas pulang dari menunaikan Haji baru-baru ini, Murai Batu lihat daripada foto-foto yang dikongsikan Mizz Nina dalam laman Instagram, dia seperti sudah mula kekal mengenakan hijab dengan caranya tersendiri.
Menerusi 2 keping foto yang dikongsikan,  Mizz Nina berhijab penuh ketika hendak keluar bersama suaminya, Noh  dan bila mengunjungi booth jualan barangan jenamanya Mizzdemeanor di Amcorp Mall kira-kira dalam beberapa hari ini. Malah sejak pulang dari Haji belum pernah penyanyi itu berkongsikan gambarnya yang free hair.
Wah, nampaknya Mizz Nina sudah mula selesa berhijab selepas bergelar Hajah ini. Murai Batu tumpang gembira jika ia dapat dikekalkan hingga selamanya. Murai Batu doakan agar ianya Istiqomah.
Setiap orang ada cara mereka tersendiri, tetapi seperti kebanyakan artis-artis tempatan sebelum ini, semuanya pasti pulang dengan perubahan yang besar. Conthnya seperti penyanyi, Dato’ Siti Nurhaliza walaupun tidak berhijab penuh sebaik sahaja pulang menunaikan Haji, namun dia tetap mengenakan selendang untuk menutupi kepalanya. Tetapi kini dia sudah bertudung litup.
Berbeza pula dengan penyanyi Indonesia, Rossa yang hanya kekal berhijab penuh selama lebih kurang 2 bulan sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan Haji. Kemudiannya, dia tidak lagi mengenakan hijab.
Apa-apa pun, Murai Batu daoakan  yang baik-baik sahaja untuk Mizz Nina danNoh. Mudah-mudahan  dimurahkan lagi rezeki mereka. Mana tau pulang dengan berita gembira ?
@murai.com.my

GAMBAR MESRA, SHILA AMZAH DAN JOHAN AS'ARI TIDAK BERSELINDUNG LAGI

gambar mesra shila amzah dan johan asari tidak berselindung lagi

Sebelum ini sama ada penyanyi, Shila Amzah mahu pun pelakon Johan As`ari telah beberapa kali berkeras menafikan hubungan cinta mereka, malah mereka berdua akui hanya berkawan dan tidak lebih dari itu
Namun, sejak akhir-akhir ini, Murai Batu tengok di laman sosial Instagram milik Shila Amzah atau Johan As`ari, kedua-duanya rancak memuat naik gambar mesra mereka bersama.
Mereka seolah-olah lebih terbuka untuk mendedahkan hubungan baik mereka yang dikatakan hanya berkawan itu.
Malah ada peminat dan follower mereka di Instagram itu seronok lihat mereka bersama dan berharap agar hubungan mereka boleh kekal hingga ke jinjang pelamin.
Maknanya, bukan Murai Batu sahajalah yang nampak mereka berdua seperti pasangan kekasih tetapi peminat dan follower mereka sendiri lihat mereka seperti pasangan sejoli yang tidak dapat dipisahkan lagi.
Tapi mengapa kedua-duanya masih tidak mengaku bercinta apabila ditanya media? Adakah Shila Amzah mahu menggunakan pendekatan yang sama dengan pelakon Nora Danish dan Nadeem?
Yelah pasangan ini pun tidak mahu mengaku mereka bercinta tetapi hanya meluahkan rasa cinta mereka di Instagram.
Terbaru, Murai Batu lihat Shila Amzah mesra pergi menonton wayang dengan Johan, tetapi mereka tidak berdua kerana kelihatan seperti bersama ibu bapa masing-masing dan juga beberapa rakan artis.
Paling sweet, Johan sendiri memuat foto dia dan casing barunya pemberian Shila Amzah. Dalam entri foto itu Johan ucapkan terima kasih di atas pemberian itu.
Shila juga kerap memuat naik foto Johan dan tak kurang juga foto-foto bersama, tindakannya itu membuatkan peminat lagi gembira melihat hubungan mesra mereka.

@murai.com.my


RAHSIA FASHA SANDHA TURUN 20 KG SELEPAS BERSALIN

rahsia fasha sandha turun 20 kg selepas bersalin

KUALA LUMPUR, 23 OKTOBER 2013: Dengan hanya mengamalkan makanan seperti sayur-sayuran, taufu, ayam dan ikan sebagai hidangan hariannya, berat badan pelakon popular Fasha Sandha kini kembali ke tahap ideal selepas melahirkan bayi sulungnya, Putra Rayfal Jun lalu.
Bukan itu sahaja, pelakon kontroversi itu juga mengamalkan pengambilan 8 gelas air setiap hari selain pengambilan makanan kurang berkarbohidrat dan mengamalkan pengambilan epal hijau setiap kali terasa lapar.
Namun apa yang pasti, diet sihatnya itu menjadi lebih aktif selepas mendapatkan rawatan pelangsingan berat badan yang selesa lagi tidak menyakitkan daripada Slim World selama empat bulan sejak Jun lalu.
Daripada berat badan asalnya mencecah 78 kilogram, kini dia boleh berbangga dengan 58 kilogram selepas menjalani beberapa rawatan pelangsingan yang disediakan Slim World dari masa ke semasa.
“Saya kehilangan 20 kilogram dalam masa 4 bulan iaitu daripada 78 kilogram kepada 58 kilogram.
“Semuanya selepas saya menjalani beberapa rawatan intensif seperti Bio iST yang memerlukan masa selama dua jam setiap kali rawatan.
“Saya juga akan memastikan untuk minum 8 gelas air sehari dan mengambil ayam, sup taufu dan sayur-sayuran sebagai makanan malam saya.
“Malah saya juga akan cuba untuk tidak mengambil makanan dan air selepas jam 9 malam,” katanya berkongsi petua untuk tampak langsing selepas bersalin.
Fasha Sandha telah dipilih sebagai duta baru Slim World selepas didekati jenama kecantikan badan berkenaan ketika dia hamil tiga bulan.
Majlis pengumuman Fasha sebagai duta Slim World telah diadakan petang semalam yang turut disaksikan pihak media dan wakil daripada jenama berkenaan.
Tambah pelakon itu lagi, selain rawatan  Bio iST dia turut mendapatkan rawatan DTM, HotMask, Aroma Steam Bath & Lymphatic Drainage dan  Micro Massage.
Kata Fasha, selain pengambilan makanan sihat, rawatan pelangsingan yang dijalankan di Slim World ternyata telah memberi kelebihan untuknya menyarungkan pakaian kegemarannya meskipun selepas empat bulan melahirkan bayi.
Tambahnya, sejak diberi peluang merasai semua rawatan pelangsingan di pusat kecantikan berkenaan, dia mula percaya bahawa semuanya pasti, apatah lagi rawatan yang disediakan disitu langsung tidak menyakitkan.
“Bagi saya, rawatan pelangsing akan memberi kesan kepada seseorang sekiranya ada disiplin yang kuat dalam pemilihan nutrisi makan, makan dengan bijak dan pilihan makanan yang betul.
“Mendapatkan rawatan secara berterusan dan tidak ketinggalan senaman ringan akan dapat membantu penaikan berat badan serta mengekalkan bentul badan diingini,” katanya.
Selain Fasha Sandha, artis lain yang bergelar duta Slim World iaitu Ziana Zain, Erra Fazira dan Azizah Ariffin.
Teks oleh Haswari Ali
Twitter:@Stailista
Instagram:Stailista
@murai.com.my

Izzue Islam Serah Soal Anak Pada Takdir


Izzue Islam Serah Soal Anak Pada Takdir
Pelakon dan penyanyi terkenal, Izzue Islam akui kekangan masa bersama isteri tercinta, Awin merupakan salah satu sebab mengapa mereka belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini.
Menurut Izzue, dia dan isteri sering sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga menyebabkan mereka tiada masa untuk merancang bulan madu bersama.
Alhamdulillah seperti pasangan berkahwin yang lain, kami sangat bahagia. Sebelum atau selepas kahwin, semuanya sama, tiada sebarang perbezaan. Cuma dulu kami duduk berasingan, tetapi sekarang dah duduk satu bumbung, jadi pengurusan itu lebih mudah dan teratur.
Pasal anak, Insyallah, kalau ada rezeki, adalah. Kami memang tak pernah rancang. Kalau Tuhan nak bagi rezeki awal, kami terima.
Buat masa ini kami sibuk dengan tugas masing-masing, sampaikan belum ada masa untuk pergi bulan madu sendiri. Bulan madu yang sebelum ini pun kami pergi atas urusan kerja (penggambaran).
Izzue Islam Serah Soal Anak Pada Takdir
Izzue sedang pilih masa yang sesuai untuk bawa Awin berbulan madu
Meskipun begitu, pelakon drama Sahabat ini akui perkara tersebut langsung tidak menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka, malah merasa selesa dengan kehidupan sekarang.
Insyallah, memang ada rancangan untuk pergi bulan madu sendiri, tapi buat masa ini belum ada masa yang sesuai.
Walaupun masing-masing sibuk, tapi kami tak ada masalah. Kami Ok je dengan semua ini. Kadang-kadang Awin ada juga datang ke lokasi penggambaran saya untuk lihat bagaimana saya bekerja.
Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik.
Beralih kepada perkembangan kerjaya seni, Izzue bakal muncul dengan tiga filem terbarunya bersama Showbiz Productions berjudul Hantu Tok Mudim (21 November)Ular (5 Disember) dan Chikaro (26 Disember).
Dalam pada itu, kumpulan Forteen juga bakal muncul dengan album sulung mereka pada 27 November ini dan single terbaru mereka berjudul, Tak Pernah Berjumpa. 
Apa pun, untuk semua peminat Izzue Islam, di sini OHBULAN! selitkan beberapa foto terbaru pelakon tersebut sewaktu bertemu di majlis doa selamat Showbiz Productions baru-baru ini.
@ohbulan.com

9 GAMBAR & VIDEO - KILAFAIRY MELARAM DI AUSTRALIA

Gambar menarik artis bibir sexy, Kilafairy di Melbourne, Australia. Namun pelakon itu ke sana bukan seorang diri, tetapi khabarnya dia bercuti bersama ahli keluarga. 

Rasanya, tentu ramai jejaka Mat Salleh yang tertarik bila melihat bibir Kilafairy yang hangat menawan seolah pelakon Hollywood, Angelina Jolie. Iyalah... bukan ramai artis Malaysia yang punya kelebihan macam tu ya tak? Ahak! 

Klik untuk imej besar...
 


 

 

 

 

 

 

 

 


Klik Play untuk tonton video... 




@myartis.com

7 GAMBAR - JANJI NORA DANISH UNTUK PUTERA RAYQAL

"Can't wait to bring this boy on holiday for 10 beautiful days early next month, counting days. Now my turn to squeeze u son. Enjoy ur time now with daddy, aunties, atok n Tah ok," demikian pesanan Nora Danish dari London baru-baru ini untuk anaknya Putra Rayqal. 

Nampaknya, bulan November nanti (mungkin ketika cuti sekolah), jadual percutian Nora dan Rayqal bakal padat dengan pelbagai kejutan dan kegembiraan. Mungkinkah Nora bercuti berdua sahaja dengan Rayqal? Atau Nora akan membawa bersama buah hatinya? Surprise..!! 

 



Aksi menarik Raykal untuk Nora Danish di London...


 

 

 

 



@myartis.com

7 AKSI GILA-GILA FIDA - NAFI KAHWIN SENYAP

Gambar menarik Rafidah Ibrahim atau Fida yang baru-baru ini didakwa berkahwin secara senyap. Entah siapa sipembawa cerita, Fida didakwa telah melangsungkan perkahwinan dengan pengurusnya yang dikenali sebagai Shah di Selatan Thailand tahun lalu. 

"Kahwin? Kalau betul saya telah berkahwin sila kemukakan bukti. Cerita saya kahwin secara senyap sebenarnya sudah timbul sejak dulu lagi. Sebelum ini, saya didakwa berkahwin secara senyap dengan seorang VIP. Sekarang, saya didakwa pula berkahwin secara senyap dengan pengurus sendiri. Sebenarnya, ada orang yang cuba mereka cerita mengenai perkahwinan saya," ujar Fida. 

 


Malah inai dijari katanya memang sudah kegemarannya untuk memakai sejak dulu lagi. 

"Sebabnya, kita (orang Islam) tidak boleh pakai pewarna kuku, jadi saya pakai inai untuk cantikkan kuku," jelasnya. 

 

Tak kuasa nyah..!
 

Sapa la buat cerita fitnah ni...?
 

 

 

 


@myartis.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...