Sunday, February 17, 2013

Drama cinta Shila, Sharnaaz



SHILA AMZAH dikawal ketat oleh bapanya ND Lala dan tidak boleh ditemui media ketika membuat persembahan di Pulau Pinang, baru-baru ini.


DIVA tengok betul-betul tarikhnya, Khamis, 14 Februari 2013. Bukan apa, bukan sebab sambut Hari Kekasih tapi sebabnya Diva nak tengok betul-betul kronologi dan perkembangan terkini mengenai konflik percintaan penyanyi Shila Amzah dan pelakon Sharnaaz Ahmad. Kalau ada yang tertinggal atau lebih terkini, minta maaflah semua, Diva kena ikut deadline.
Pukul 6.30 petang Khamis, Diva ternampak ada lagu yang Shila Amzah tujukan buat Sharnaaz, tajuknya Masih Aku Cinta. Liriknya fuhh, makan dalam! Sebelum itu, Diva ada terbaca satu kenyataan Sharnaaz, dia beri amaran kepada media supaya jangan buat spekulasi mengatakan cintanya terhadap Shila sudah berakhir.
Diva terus keliru, sedangkan Diva baca sendiri komen Sharnaaz katanya dia tak mahu ambil peduli lagi pasal Shila dan keluarga bekas kekasihnya, ND Lala. Kalau betul-betul nak buat kronologi pasal Shila-Sharnaaz, sebenarnya senak kepala kita. Pusing-pusing plot cinta mereka, sampai bidas-bidas dalam surat khabar, lari rumah, laporan polis, dari Shanghai, China ke Kuala Lumpur, sampai pula ke Kemaman, Terengganu. Mahunya beribu dan beratus kilometer nak mengejarnya, memang tak larat.
Apa kata abang ND Lala kita, silalah aturkan sidang media jelaskan segala-galanya. Lepas itu kita sama-sama rehat selama tujuh hari tujuh malam, kemudian kalau ada lagi rasa nak siarkan video atau lagu baharu, lancar album mini terus.
SHARNAAZ AHMAD


Tak tahulah membina ke tidak pandangan Diva ini, tapi itu terbayang dalam kepala setiap hari sebab mana-mana pergi, adik-kakak semua bertanya apa kes Shila-Sharnaaz.
Diva bukan nak mengata, tapi bagi Diva konflik Shila-Sharnaaz itu adalah kisah cinta paling dramatik yang terjadi kepada artis Malaysia setakat ini. Siap merentas benua, dari barat ke timur sampai ke utara mujur tak sampai ke selatan sekali.
Kalau tidak, pusing satu Malaysia jadinya. Ini macam, filem Bollywood pun kalah.
Apa-apapun, Diva kagum. Besar dugaan maknanya besarlah erti cinta kalian. Tapi kan, bagi Divalah, bila Shila kata Sharnaaz dah putus asa dan tak mampu nak teruskan cinta mereka, itu maksudnya satu cabaran! Tunggu minggu depan, pasti ada lagi.
Diva: Dengarnya ramai puas hati sampai gila bayang selepas pulang daripada menonton konsert Anuar Zain.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm#ixzz2L9kAY11j 
Hakcipta terpelihara 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...