Sunday, December 30, 2012

EKSKLUSIF Gambar Sebalik Tabir Sesi Photo Shoot Promo Konsert Anuar Zain


Baru-baru ini, penyanyi kesayangan ramai, Anuar Zain telah menjalani satu sesi pemgambaran foto untuk promo Konsert Anuar Zain 3 Dekad Muzik, Cinta & Sanubari di persisiran pantai yang begitu landai di Bagan Lalang, Sepang.
Selaku Blog Rasmi untuk Konsert Anuar Zain 3 Dekad ini, Budiey diberi hak ekslusif untuk menyiarkan gambar-gambar belakang tabir sepanjang pengambaran dibuat oleh jurugambar profesional ini. Nantikan selepas ini, ada banyak lagi berita dan foto-foto menarik tentang Anuar Zain dalam persiapan beliau menghadapi konsert yang akan berlangsung pada 16 Februari, tahun depan.
Bercakap tentang konsert ini, sebelum Budiey terlupa, mulai jam 12 tengahari ini, 15 Disember 2012, Pakej 3 Dekad 1 Destinasi akan dilancarkan menerusi Facebook rasmi iaitu www.facebook.com/3Dekad1Destinasi.
“Budiey rasa, pakej ini sangat bagus untuk peminat Anuar Zain yang mahukan perjalanan berjalan lancar dan ianya sangat selesa.”
Untuk pengetahuan pembaca, Pakej 3 Dekad 1 Destinasi ini adalah pakej pengangkutan untuk perjalanan dua hala (pergi & balik) lengkap dengan jamuan ringan dan cenderahati. Dan semestinya, pakej ini termasuk dengan tiket untuk menyaksikan Konsert Anuar Zain di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Pakej ini meliputi kawasan Kota Bahru, Jerteh, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Singapura. Terbaru, Budiey dikhabarkan ada beberapa buah tempat telah ditambah iaitu, Alor Setar, Butterworth & Pulau Pinang.
Pakej ini disediakan adalah bagi mengelak penonton yang berada di luar Kuala Lumpur dibeban dengan kos penginapan dan sebagainya.
EKSKLUSIF Gambar Sebalik Tabir Sesi Photo Shoot Anuar Zain
Anuar Zain Poster Behind The Scenes
Anuar Zain Poster Behind The Scenes
Anuar Zain Poster Behind The Scenes
Anuar Zain Poster Behind The Scenes
Anuar Zain
Anuar Zain Poster Behind The Scenes
@budiey.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...