Sunday, December 30, 2012

ISU TAK UNDANG BAPA - LEUNIEY RASA KECEWA

Leuniey Natasha, atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha, 21, rasa kecewa dan terpukul apabila timbulnya tuduhan yang beliau mengabaikan bapa kandungnya. Tambah-tambah apabila isu tersebut timbul menjelangnya hari bahagia bersama penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 23, esok. 

Menurut model iklan minyak wangi SimplySiti itu, perkara tersebut seharusnya tidak berlaku memandangkan ia adalah masalah dalaman keluarga. Sehubungan itu Leuniey amat terkejut apabila didakwa bapanya, Jaafar Mohamad, yang beliau tidak dijemput menghadiri majlis pernikahannya nanti. 

 


"Saya terkilan dengan kontroversi yang tidak sepatutnya menjadi tatapan ramai. 

"Tetapi saya cuma anggap hal itu berlaku kerana ayah mungkin terlalu beremosi pada ketika itu. Mungkin juga dia inginkan perhatian daripada saya sebagai seorang anak, entah saya tidak pasti. 

"Apa-apa pun, perkara ini benar-benar buatkan saya kecewa kerana banyak lagi urusan perkahwinan yang perlu diselesaikan," katanya kepada media semalam. 

 

Untuk info, kontroversi timbul berikutan dakwaan Jaafar yang beliau terkilan kerana tidak diundang ke majlis pernikahan anaknya sendiri iaitu Leuniey dengan Apek. 

Paling menyedihkan katanya, dia tidak dapat menyaksikan majlis akad nikah Leuniey yang bakal berlangsung di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. 

Terdahulu, Leuniey menjelaskan yang dia telah bertemu dengan Jaafar pada selasa lalu, namun mereka berdua dakwanya tidak membangkitkan isu tersebut. 

 

"Kami ada berjumpa, tetapi masing-masing tidak buka cerita pun tentang kenyataan ayah itu. Biarlah. 

"Saya tidak mahu perkara itu menjadi bebanan dalam keluarga. Saya anggap ia sebagai dugaan kami sekeluarga," ujar Leuniey. 

Harapan kita, moga pernikahan Leuniey dan Apek esok jam 9.00 pagi akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Tak gitu? 

@myartis.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...