Sunday, December 30, 2012

KAHWIN LARI - FAZURINA MOHON MAAF PADA IBU

Jika sebelum ini Siti Fazurina hanya berlakon dalam drama yang diarahkan oleh pengarah sesebuah drama, namun berita terkini mengenai kes kahwin larinya bertukar menjadi 'drama sebenar'. Dalam satu sidang akhbar yang dilakukan oleh pelakon itu, Fazurina sekadar sempat memeluk dan memohon maaf kepada ibunya dalam beberapa saat sahaja. 

Drama tersebut berlaku sebaik tamatnya sesi sidang media apabila Fazurina terlihat ibunya bergegas keluar. Mungkin kerana rasa berdosa, pelakon itu mengejar ibunya untuk memohon kemaafan lantas peluk memeluk berlaku dalam beberapa saat sebelum si ibu 'menolak' Fazurina bagi mengelak pandangan pihak lain. 
 
 


Malah terdahulu, ibu Fazurina juga menolak pelawaan media untuk merakamkan gambar anaknya memohon maaf dalam keadaan harmoni. 

"Sebelum ini, saya pernah menemui ibu untuk berbincang, selain memohon restu untuk berkahwin sebaliknya ditolak. Hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi kerana sebagai anak, saya pasti berharap perkahwinan ini direstui keluarga. 

 

 

 

"Sebagai anak, saya tahu ibu kecil hati apabila saya bertindak begini, tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik. Kami kini sah suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal," demikian ujar Fazurina ketika diminta komennya oleh media. 

Bagaimanapun, bagi kita yang mendengar dan melihat perkembangan pelakon ini, memang wajar beliau menyayangi suaminya, namun kasih sayang pada si ibu biarlah seiring dan sama rata. Kerana walau sebesar manapun tanggungjawabnya pada suami, tanggungjawab pada ibu yang melahirkan dan membesarkan tetap satu amanah yang harus dipikul. 

Seeloknya, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Dalam hal ini, salah satu pihak haruslah mengalah dan sanggup bertolaransi demi ikatan silaturahim antara mereka. 

 

 

 

 

 



@myartis.com

ISU TAK UNDANG BAPA - LEUNIEY RASA KECEWA

Leuniey Natasha, atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha, 21, rasa kecewa dan terpukul apabila timbulnya tuduhan yang beliau mengabaikan bapa kandungnya. Tambah-tambah apabila isu tersebut timbul menjelangnya hari bahagia bersama penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 23, esok. 

Menurut model iklan minyak wangi SimplySiti itu, perkara tersebut seharusnya tidak berlaku memandangkan ia adalah masalah dalaman keluarga. Sehubungan itu Leuniey amat terkejut apabila didakwa bapanya, Jaafar Mohamad, yang beliau tidak dijemput menghadiri majlis pernikahannya nanti. 

 


"Saya terkilan dengan kontroversi yang tidak sepatutnya menjadi tatapan ramai. 

"Tetapi saya cuma anggap hal itu berlaku kerana ayah mungkin terlalu beremosi pada ketika itu. Mungkin juga dia inginkan perhatian daripada saya sebagai seorang anak, entah saya tidak pasti. 

"Apa-apa pun, perkara ini benar-benar buatkan saya kecewa kerana banyak lagi urusan perkahwinan yang perlu diselesaikan," katanya kepada media semalam. 

 

Untuk info, kontroversi timbul berikutan dakwaan Jaafar yang beliau terkilan kerana tidak diundang ke majlis pernikahan anaknya sendiri iaitu Leuniey dengan Apek. 

Paling menyedihkan katanya, dia tidak dapat menyaksikan majlis akad nikah Leuniey yang bakal berlangsung di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. 

Terdahulu, Leuniey menjelaskan yang dia telah bertemu dengan Jaafar pada selasa lalu, namun mereka berdua dakwanya tidak membangkitkan isu tersebut. 

 

"Kami ada berjumpa, tetapi masing-masing tidak buka cerita pun tentang kenyataan ayah itu. Biarlah. 

"Saya tidak mahu perkara itu menjadi bebanan dalam keluarga. Saya anggap ia sebagai dugaan kami sekeluarga," ujar Leuniey. 

Harapan kita, moga pernikahan Leuniey dan Apek esok jam 9.00 pagi akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Tak gitu? 

@myartis.com

EKSKLUSIF Gambar Sebalik Tabir Sesi Photo Shoot Promo Konsert Anuar Zain


Baru-baru ini, penyanyi kesayangan ramai, Anuar Zain telah menjalani satu sesi pemgambaran foto untuk promo Konsert Anuar Zain 3 Dekad Muzik, Cinta & Sanubari di persisiran pantai yang begitu landai di Bagan Lalang, Sepang.
Selaku Blog Rasmi untuk Konsert Anuar Zain 3 Dekad ini, Budiey diberi hak ekslusif untuk menyiarkan gambar-gambar belakang tabir sepanjang pengambaran dibuat oleh jurugambar profesional ini. Nantikan selepas ini, ada banyak lagi berita dan foto-foto menarik tentang Anuar Zain dalam persiapan beliau menghadapi konsert yang akan berlangsung pada 16 Februari, tahun depan.
Bercakap tentang konsert ini, sebelum Budiey terlupa, mulai jam 12 tengahari ini, 15 Disember 2012, Pakej 3 Dekad 1 Destinasi akan dilancarkan menerusi Facebook rasmi iaitu www.facebook.com/3Dekad1Destinasi.
“Budiey rasa, pakej ini sangat bagus untuk peminat Anuar Zain yang mahukan perjalanan berjalan lancar dan ianya sangat selesa.”
Untuk pengetahuan pembaca, Pakej 3 Dekad 1 Destinasi ini adalah pakej pengangkutan untuk perjalanan dua hala (pergi & balik) lengkap dengan jamuan ringan dan cenderahati. Dan semestinya, pakej ini termasuk dengan tiket untuk menyaksikan Konsert Anuar Zain di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Pakej ini meliputi kawasan Kota Bahru, Jerteh, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Singapura. Terbaru, Budiey dikhabarkan ada beberapa buah tempat telah ditambah iaitu, Alor Setar, Butterworth & Pulau Pinang.
Pakej ini disediakan adalah bagi mengelak penonton yang berada di luar Kuala Lumpur dibeban dengan kos penginapan dan sebagainya.
EKSKLUSIF Gambar Sebalik Tabir Sesi Photo Shoot Anuar Zain
Anuar Zain Poster Behind The Scenes
Anuar Zain Poster Behind The Scenes
Anuar Zain Poster Behind The Scenes
Anuar Zain Poster Behind The Scenes
Anuar Zain
Anuar Zain Poster Behind The Scenes
@budiey.com

Sharnaaz Ahmad Maki Hamun Shila Amzah Di Twitter?


Di sebalik penganjuran APM ini juga telah tercetus beberapa kontroversi dan isu gossip yang menjadi perbualan ramai pihak.
Selain isu pereka fesyen Hatta Dolmat sentap dengan Alyah, ada satu lagi isu yang heboh diperkatakan di blog dan di forum gossip Cari. Antaranya, kontroversi di mana Twitter Sharnaaz Ahmad dipercayai telah digodam oleh hackers atau penggodam sejurus selepas Shila Amzah menjadi penyampai APM2012.
Menurut Sharnaaz Ahmad, segala status yang tersiar di Twitter miliknya bukan dari dirinya tapi dari penggodam tersebut. Namun, Budiey dengar, ramai pengkritik tak mempercayai dakwaan Sharnaaz kerana sikap panas barannya. Tapi tak mustahil ini boleh berlaku.
Memetik dari status Sharnaaz:
sharnaaz
Keesokan selepas APM berlangsung, Sharnaaz Ahmad telah melepaskan geram terhadapnya di laman twitter. Segalanye bermula gara-gara Shila cuba bergurau dengan mengatakan sesuatu semasa menjadi penyampai bersama Adi Rahman di Anugerah Planet Muzik 2012:
“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya — dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya, saya tak tahu mana dia pergi.”
Budiey pun tak pasti nak percaya yang mana satu. Tapi personally, Budiey kenal dan pernah borak dengan Sharnaaz ni, dia sebenarnya baik orangnya. Budiey tak rasa Sharnaaz boleh cakap macam tu kat Shila Amzah kat Twitter dan terbuka pulak tu, kalau DM tu lain citer la. Ni open pulak ni. Korang rasa macamana?
Shila Amzah juga anda membalas kata-kata orang di Twitter tentang hal ini:
It was just a joke about what I said smlm pasal abang..that he got jealous and everything:(sha harap people don’t make this thing jd besar:(
Abang has always been good to me.. Sha sedih sangat orang suka buat speculation sendiri..which is not fair for me and Abang.
Pada hari ini, 17 Disember 2012, Shila Amzah telah mengemaskini status Twitternya dengan sesuatu yang mengejutkan ramai pihak termasuklah peminatnya dan juga para pengkritik & haters.
Menurut Shila dalam Twitternya, Sharnaaz Ahmad telah melamar beliau secara rasmi untuk bernikah dan Shila bersetuju dengan menjawab, Yes, I do!.
“Sharnaaz Ahmad proposed me, and I am officially annoucing that ‘I DO’. Marying him. Dunia akhirat, hingga ke Jannah, Insyaallah :) Pray 4 us;)
Shila Amzah
Diharap ini status Twitter ini adalah benar dan apa yang di tweetnya datang hati Shila Amzah yang ikhlas dan maksud Budiey, status Twitter ini bukannya digodam oleh sesiapa. Sekarang ini, ramai benar haters yang memberikan komen negatif kepada pasangan ini dan kemungkinan besar ia memberi kesan kepada perasaan pasangan ini.
Syukurlah kalau macam tu, abang Budiey tumpang gembira. Pasti ramai yang nak tahu, bila tarikh Shila Amzah dan Sharnaaz akan bernikah kan?
Sudah tentu bukan dalam masa terdekat kerana Shila Amzah akan ke Miami untuk menghadiri World Music Awards dan dengarnya, Shila Amzah akan perform di hadapan semua khalayak yang terdiri daripada penyanyi antarabangsa! Wow! Fantastic baby! Semoga impian Shila Amzah akan tercapai. Good luck, Sha & #Shilalas! Semoga berjaya ya.
Gambar di bawah ini diambil semasa Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad hadir melalui karpet merah di APM 2012, Max Pavilion, Singapura.
Anugerah Planet Muzik 2012
@budiey.com

Nora Danish dan keluarga bercuti di Dubai (16 Gambar)


noradanishdubai01
Dua hari lepas, Nora Danish bersama keluarganye dan bekas keluarga mertuanya telah melancong ke Dubai. Seronok rasenye apabila dapat melancong ke Dubai bersama-sama. Sungguhpun Nora dan bekas suaminye, Jejai sudah tiada apa-apa ikatan, hubungannye dengan keluarga Jejai masih rapat. Gambar penuh selepas ini.
Click Here
noradanishdubai02
noradanishdubai03
noradanishdubai04
noradanishdubai05
noradanishdubai06
noradanishdubai07
noradanishdubai08
noradanishdubai09
noradanishdubai10
noradanishdubai11
noradanishdubai12
noradanishdubai13
noradanishdubai14
noradanishdubai15
noradanishdubai16
Sumber dipetik: Instagram Nora Danish
@mediamalaya.com

Fouziah Gous kongsi gambar di Chiang Mai (8 Gambar)


fouziah-gous1
Hujung tahun ni, ramai artis melancong ke luar negara. Tidak ketinggalan juga buat Fouziah Gous. Dia telah berkongsi gambar-nye melancong ke Chiang Mai, Thailand. Wah macam menarik je ke sana. Kali terakhir kami dengar perkataan Chiang Mai ialah ketika kami masih sekolah iaitu sewaktu Sukan Sea tahun 1995. Heh. Lagi gambar selepas ini.
Click Here
fouziah-gous2
fouziah-gous3
fouziah-gous4
fouziah-gous5
fouziah-gous6
fouziah-gous7
fouziah-gous1

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...