Saturday, November 10, 2012

Randy Pangalila Akui Tidak Kenal Zed Zaidi


Buat peminat Jejaka Tampan ini pasti tidak terlepas menyaksikan lakonanya bersama Elfira Loy menerusi drama Bersiri Dalam Hati Ada Taman di Astro Ria.

'Randy Pangalila dan Zed Zaidi
Bagaimanapun kemunculanya di kaca TV tempatan sejak kebelakangan ini seperti kurang disenangi oleh sekelompok individu yang merasakan kepentingan anak seni tempatan seakan tergugat. Paling lantang bersuara ialah Presiden Seniman sendiri iaitu Zed Zaidi yang beberapa kali menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap Randy.
Timbul satu pertanyaan kepada kami, kenalkah Randy siapa itu Zed Zaidi? Dan apa pula pandanganya tentang isu ini? Randy yang kini berada di negara asalnya berjaya kami hubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut akan hal tersebut.
Ujar Randy “Secara jujurnya saya tidak mengenali siapa itu Zed Zaidi. Dan apabila mendengar pengkhabaran bahawa kehadiran saya di Malaysia kurang disenangi dan dipertikaikan oleh pihak tertentu membuatkan saya rasa sedikit kecewa. Mengapa perkara seperti ini boleh tercetus?. Tapi bagi saya semua ini hanyalah satu salah faham buat pihak berkenaan.”

'Randy Pangalila dan Zed Zaidi
Randy juga menjelaskan yang dirinya pada ketika ini tidak langsung berniat untuk bertemu dengan Presiden seniman itu atas alasan tiada apa perkara yang perlu dibincangkan.
Apabila ditanya tidakkah dirinya merasakan segala isu yang dibangkitkan mempunyai unsur-unsur konspirasi dari pihak tertentu sehingga ada produksi yang membatalkan tawaran berlakon kepadanya. Randy seolah-olah cuba memberi jawapan selamat.
“Oh tidak, saya tidak merasakan pun segala isu yang timbul ini sebagai satu bentuk konspirasi pihak tertentu untuk menyekat peluang saya di sini. Lagipun saya tidak mahu berpikiran buruk terhadap mana-mana individu di Malaysia. Apa yang penting bagi saya hanyalah mahu melaksanakan tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin.”
“Untuk isu ada tawaran yang terpaksa di tarik balik, secara jujurnya saya sendiri pun tidak mengetahui akan wujudnya hal seperti itu. Kalau ada pun mungkin tidak disampaikan kepada saya sendiri.”
Menurut Randy lagi segala isu yang berbangkit semenjak kemunculanya di Malaysia hanyalah sebagai satu risiko dari pekerjaan yang dilakukanya. Tambahnya walauapapun kontroversi yang melanda, dirinya akan cuba berusaha menghadapinya dengan cara bijaksana.

'Randy Pangalila dan Zed Zaidi
Apabila ditanya tidakkah mahu menetap dalam tempoh masa yang lama di Malaysia bagi mengembangkan popularitinya disini, Randy akui tidak memikirnya secara serius lagi.
“Tidak terlintas lagi seperti apa yang dinyatakan tadi. Bagi saya cukuplah sekadar hanya sebagai visitor sahaja, untuk menetap saya belum terpikir walaupun pada ketika ini sudah ada 3 tawaran filem di Malaysia yang saya terima”
“Tapi buat seluruh peminat yang berada di Malaysia, saya sangat berterima kasih sekali kepada kamu semua yg selalu mendukung saya dan itu memberi satu inspirasi dan semangat untuk terus berjaya di sini. LOVE YOU ALL .” Randy Pangalila

Randy Pangalila - Dalam Hati Ada Taman


Randy Pangalila - Dalam Hati Ada Taman
Randy Pangalila - Dalam Hati Ada Taman
Randy Pangalila - Dalam Hati Ada Taman
Randy Pangalila - Dalam Hati Ada Taman
Randy Pangalila - Dalam Hati Ada Taman
Randy Pangalila - Dalam Hati Ada Taman
Randy Pangalila - Dalam Hati Ada Taman
Randy Pangalila - Dalam Hati Ada Taman
Randy Pangalila - Dalam Hati Ada Taman
Randy Pangalila - Dalam Hati Ada Taman

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...