Memperkatakan tentang Mazlina Binti Hasan Nordin ataupun Lana Nordin pasti semua maklum akan trademark seksi yang dibawanya.
Trademark yang melekat pada dirinya itu kini muncul lagi apabila filem terbaru lakonanya iaitu Pontianak vs Orang Minyak bakal muncul dipawagam tidak lama lagi. Melihatkan beberapa babak yang melibatkan Lana didalam filem ini seperti memperkukuhkan lagi gelaran yang disandangnya iaitu ikon seks.
“Bagi saya tak ada perkara yang perlu dijadikan isu tentang lakonan saya didalam filem Pontianak vs Orang Minyak ini. Babak dan juga dialog yang dikatakan mempunyai unsur lucah dalam filem ini bagi saya biasa sahaja dan tidak terlalu menonjol sangat. Lagipun sebelum scene seperti itu dilakonkan saya pernah bertanya kepada pengarah filem ini, tak apa ke kalau babak ini di lakonkan dan mereka kata ok.”

“Lagi pun saya dah lali dicaci dengan pelbagai gelaran semenjak bergelar pelakon. Jadi terpulang pada masyarakat untuk menilai filem ini bagaimana penceritaanya. Saya juga percaya yang Afdlin Shauki tidak akan mempergunakan saya untuk dijadikan sebagai objek lucah didalam filemnya. Imej seksi itu pun rasanya sudah menjadi trademark kepada saya” Ujar Lana Nordin yang kami temui di Tayangan Media Pontianak vs Orang Minyak.
“Mencuba pelbagai karekter dalam lakonan mampu menjadikan saya sebagai seorang pelakon yang serba boleh. Watak sebagai Ruminah didalam filem Pontianak vs Orang Minyak ini memang sangat mencabar tapi sangat seronok dan mencuba watak komedi adalah satu perkara yang ingin saya lakukan.”
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment