Adakah anda seorang yang kelakar dan bukan seorang artis? Jika ya ada pengkhabaran yang baik untuk anda baca.

Ini kerana Siti Saleha yang ditemui baru-baru ini ada memaklumkan kepada kami bahawa lelaki idamanya pada masa ini jikalau boleh mahu dari golongan lelaki yang bukan seorang artis. Dan tambahnya juga lelaki itu mestilah seorang yang kelakar. Macam mana? adakah 2 ciri ini ada pada diri anda. Jika ya! maka peluang cerah semestinya.
Ujarnya “Kalau boleh saya tidak mahu ada ada apa-apa hubungan cinta dengan mana-mana rakan artis dan saya lebih selesa memilih untuk bercinta dengan golongan orang biasa. Bukan nak kata golongan artis ni tak bagus atau banyak masalah cuma firasat saya lebih kepada lelaki biasa. Untuk ciri – ciri lelaki pilihan tu pula kalau boleh saya nak cari seorang lelaki yang kelakar, berfikiran terbuka dan ‘satu kepala’ dengan saya. Kalau jenis yang kurang bercakap pun boring jugakan.”
Ditanya tentang kesahihan cerita ada seorang artis lelaki yang popular cuba memikatnya, Siti Saleha pantas menafikanya. Jelasnya pada masa ini dia tidak nampak ada mana-mana rakan artis yang cuba hendak memikat dirinya dan lebih selesa kalau si jejaka yang memulakan langkah dahulu.
Menyentuh mengenai perkembangan dunia seninya pula, beliau pada masa ini sedang menjalani pengambaran drama dibawah arahan Erma Fatimah berjudul Terlanjur Cinta. Manakala bagi filem pula dikhabarkan bakal terlibat dengan sebuah filem terbaru iaitu ‘Mamak Cupcake’ lakonan bersama Shaheizy Sam.

Jelasnya meneruskan bicara, “Mamak Cupcake ni adalah filem pertama saya berlakon dengan Shaheizy Sam dan secara peribadinya memang saya tak kenal dengan dia. Memang kalau boleh saya nak tahu karakter dia ni macam mana memandangkan kami akan bergandingan untuk filem ini.”
“Tapi taklah bermakna saya tak kenal dia langsung. Ada juga saya pernah tengok drama dan juga filem Sam. Saya memang minat dengan lakonanya terutamaya watak dalam filem Songlap. Bila dilihat watak yang dibawanya sangat semulajadi dan adakalanya saya melihat dia sebagai seorang yang kelakar dan tak sabar untuk bekerjasama denganya.
Apabila ditanya tidakkah dia risau akan dikaitkan dengan cinta lokasi bersama SAM memandangkan ini merupakan gandingan pertama kali, Siti Saleha menegaskan yang dirinya tidak gusar akan hal sebegini.
“Bagi saya dikaitkan dengan cinta lokasi ni perkara biasa apabila melibatkan golongan artis, Jadi saya tak risau dengan hal-hal remeh seperti ini. Walaubagaimanapun saya berharap agar tidak dikaitkan dengan cinta lokasi dengan mana-mana pelakon. Kalau tak ada langsung lagi bagus.” Siti Saleha
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment