Jika anda kenal Fynn Jamal pasti anda tahu lagu 150 juta hasil ciptaanya, Lagu asalnya ini memang diakui mendapat perhatian ramai dikalangan ‘Sensasi Youtube’.
Ainan sewaktu ditemubual oleh crew kami
Bagaimanapun Hak Eksklusif 150 Juta, kini sudah menjadi milik Ainan Tasneem apabila lagu yang dirakamkanya pada Ramadhan yang lepas bakal berkumandang di stesen-stesen radio tempatan tidak lama lagi.
Berkesempatan bertemu denganya baru baru ini memberi kami sedikit gambaran tentang lagu yang bakal dipopularkan olehnya tidak lama lagi.
Ujarnya “Saya pun tak sangka diberikan hak ekslusif untuk menyanyikan semula lagu tersebut. Ini bermula apabila lagu cover 150 juta yang diupload Ainan dekat youtube mendapat perhatian syarikat rakaman. Diorang kata Ainan sesuai nyanyi lagu ini dan apabila perkara ini diusulkan kepada Kak Fynn, dia setuju”
“Kalau nak tahu Ainan juga salah sorang peminat Fynn Jamal dan selalu mengikuti perkembanganya melalui Facebook. Jadi bila diberitahu yang Ainan akan menyanyikan semula lagu tersebut memang rasa bersyukur sangatlah. Bagi Ainan dia merupakan seorang penulis yang bagus.”
Menyentuh mengenai hal kontroversi pula seperti sudah menjadi lumrah bagi individu sepertinya. Semakin dikenali semakin banyak hal peribadi yang akan cuba dilondehkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab. Bercerita soal kontroversi yang melanda dirinya pada masa ini menghadirkan seribu tanda tanya bagi pelajar UNIMAP ini. Bagaimana isu ini boleh timbul?
Tegasnya “Ainan memang terkejutlah tentang isu berkepit dengan kekasih yang dibangkitkan, sedangkan kami jarang berjumpa. Cerita – cerita yang tak betul macam ni sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama Ainan sebagai seorang pelajar dan juga penyanyi yang baru nak bertapak. Ainan akui sejak mengaku sudah berpunya ni makin banyak pula cerita yang cuba dikorek semula. Tapi Ainan yakin peminat semua tidak akan percaya dengan gosip murahan macam ni.”
Walaubagaimana pun menurut Ainan hal seperti ini mungkin ada hikmah disebaliknya, Sambil tidak menolak kemungkinan hal seperti ini juga mungkin mampu membuatnya lebih dikenali.
Untuk makluman Ainan Tasneem merupakan salah seorang peserta yang layak bertandingan untuk separuh akhir muzik-muzik 27 yang bakal bermula pada 11 Nov ini menerusi lagu Aku Suka Dia.
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment