Friday, September 21, 2012

‘Saya Dan Qi Sekarang, Taking A Break’ – Yuna


'Saya Dan Qi Sekarang, Taking A Break’ – Yuna
KUALA LUMPUR – Selepas pelakon lelaki, Qushairi Razali atau Qi tampil menjelaskan kepada umum yang hubungannya dengan penyanyi wanita, Yunalis Zarai masih lagi bersama, berbeza pula dengan kenyataan yang keluar dari pihak Yuna.
Yuna memberitahu perkara yang sebenarnya hubungan cinta dia dan Qi sudah pun berakhir.
Penyanyi yang popular dengan lagunya, Terukir Di Bintang menjelaskan hubungan jarak jauh menjadi punca mereka berpisah.
Bagaimanapun, Yuna mengakui mereka berdua masih lagi menghubungi antara satu sama lain dan berkawan baik.
“Saya sekarang ‘single but not available’. Saya dan Qi sekarang… senang kata kami ‘taking a break’. Tapi kami masih berkawan baik.
“Keputusan ni kami buat bersama, memandang saya sibuk dan terpaksa tinggal di Amerika. Dia pula di sini. Jadi kami rasa sukar untuk meneruskan perhubungan ni,” kata Yuna yang dipetik dari Malaysian Digest.
Selain sukar untuk meneruskan hubungan cinta jarak jauh, faktor lain yang menyebabkan mereka berpisah adalah kerana Yuna mempunyai misinya sendiri dalam kerjaya nyanyiannya.
Malah, Yuna juga memberitahu bekas kekasihnya, Qi juga mempunyai perancangan untuk masa depannya sendiri.
“Apa yang penting sekarang, kami fokus pada kerjaya. Saya ada matlamat saya dan banyak lagi impian yang saya belum capai.
“Dia juga ada arah tuju dia dalam apa yang dia buat sekarang. Pada saya, hubungan cinta bukan lagi pilihan. Jadi biarlah…,” katanya.
Walaupun dia sekarang sudah pun tidak mempunyai kekasih, Yuna masih mengharapkan doa dari peminat-peminatnya agar kehidupannya kekal bahagia.
Yuna terima dengan seadanya sekiranya jodohnya masih panjang untuk bersama dengan Qi dengan takdir Tuhan.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...