KUALA LUMPUR – Usia kandungan yang sudah mencecah lima bulan tidak menghalang penyanyi bersuara hebat, Ning Baizura untuk meneruskan kerjayanya.
Ning memberitahu, terlalu banyak rancangan dan aktiviti yang dirancangkan ketika dia mengandung sekarang.
Walaupung perutnya semakin membesar, dia tidak membataskan dirinya untuk lebih aktif menerima jemputan persembahan nyanyian.
Cuma, dia hanya menerima undangan nyanyian pada hujung minggu sahaja.
“Saya tak boleh jadi orang yang tak buat apa-apa. Saya masih lagi menerima persembahan pentas cuma saya lebih berhati-hati sekarang.
“Saya juga hadkan kepada satu persembahan saja setiap minggu,” kata Ning dalam portal Gua.com.
Bukan itu sahaja, Ning juga bakal mengeluarkan album dan lagu bersempena dengan kehadiran anak sulungnya nanti.
Satu studio juga bakal dibuka oleh Ning untuk memantapkan lagi kerjaya seninya.
“Saya juga kini dalam proses untuk merakam album kanak-kanak iaitu album khas untuk anak saya.
“InsyaAllah, akan ada dalam lima atau enam buah lagu dalam album keluaran Universal Music ini. Album ini dijangka akan berada di pasaran bila saya betul-betul dah nak bersalin nanti. InsyaAllah, bulan depan juga saya akan buka studio saya sendiri,” katanya.
@mynewshub.my
No comments:
Post a Comment