Majlis Iftar MIG yang diadakan baru baru ini menemukan kami dengan teraju utama Filem 8 Jam yang khabarnya berjaya mendapat kutipan melebihi 2 juta.

Yana yang kami temui menjelaskan yang dia rasa amat bersyukur dengan jumlah kutipan tersebut. Apatahlagi pada ketika ini 2 filem ditayangkan serentak dalam masa 1 minggu dan sudah semestinya perkara sebegini memberi kesan kepada filem filem yang ditayangkan sehingga ada yang gagal mendapat kutipan memberangsangkan.
Bercerita tentang bulan Ramadan pula Yana memaklumkan dia kini masih sibuk dilokasi pengambaran pada ketika ini untuk drama Bini-Biniku Perkasa. Ujarnya “Cabaran bekerja di bulan puasa ni memang terasa sangat mencabar. Selain berpuasa, faktor cuaca yang panas dan juga terpaksa berlakon untuk watak aksi menjadikan cabaran Ramadan kali ini memang hebat”
Walaubagaimana pun menurut Yana perkara yang paling seronok ialah apabila tiba waktu berbuka. “Kerja masa bulan puasa ni yang seronok ialah masa waktu berbuka. Ye la kalau tak kerja buka puasa sorang-sorang je la. Waktu bekerja ni la dapat berkumpul bersama tenaga kerja produksi dan dapat merasai lebih nikmat berbuka bersama dan selalunya suasana memang amat meriah.”
Menyentuh berkaitan raya pula menurut Yana persiapan kali ini hanya sederhana sahaja disebabkan dia masih sibuk dilokasi pengambaran sehingga kini. Jelasnya lagi dia suka buat persiapan saat saat terakhir Raya. “Pengalaman hari Raya sepanjang hidup Yana pula memang sentiasa manis la sebab dapat berkumpul bersama ahli keluarga dan sanak saudara yang lain. kalau yang pahit pula setakat ni Alhamdulillah belum ada lagi dan mintak dijauhkanlah kalau boleh. Tahun ni seperti mana tahun tahun sebelumnya Yana akan beraya dikampung Yong Peng Johor sebab itu memang kampung halaman Yana ”
Mengakhiri perbualan bersama kami Yana sempat memohon maaf kepada semua peminatnya yang sentiasa menyokongnya selama ini terutamanya kepada kelab peminatnya iaitu YanaSuperFriend (YSF). Ujarnya lagi “Terima kasih kerana menyokong perjalan seni Yana, dibulan mulia dan baik ini Yana ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadan dan juga Selamat Hari Raya yang bakal tiba. Minta Maaf Zahir dan batin jika ada apa-apa kekurangan ataupun kesalahan yang selama ini Yana ada lakukan dekat korang semua.”
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment