Wednesday, August 1, 2012

Hans Isaac Akui Statusnya dgn Neelofa Masih Sama Iaitu Berkawan Rapat

Jika ada yang mengatakan hubungan akrab diantara Hans Isaac dan juga Neelofa sudah tidak berpanjangan maka itu satu kesimpulan yang tidak benar.

HANS ISAAC DAN NEELOFA
Menurut Hans Isaac yang kami temui baru baru ini di Majlis Iftar Anjuran Astro Shaw menjelaskan yang status hubunganya dengan Neelofa sehingga kini masih sama iaitu masih berkawan rapat. Ujarnya lagi “Betul la saya dan dia sampai hari ini masih berkawan rapat. Tiap-tiap hari kami bercakap. Saya tak tipu dan tak cakap pusing pusing. Tapi kalau cuba nak dapatkan kenyataan dari saya sama ada benda ni (hubungan) betul ke tidak memang saya takkan bagi la. Bagi saya biar benda ni berlanjutan sampai masa nanti orang dah taknak cakap lagi.”
Beliau juga menegaskan segala gosip yang melanda dirinya dengan Neelofa bukanlah satu publisiti murahan untuk mempromosikan Filem lakonan mereka berdua yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

HANS ISAAC DAN NEELOFA
Tegasnya lagi “Saya rasa kalau nak mempromosikan diri dan juga filem dengan perkara macam ini memang dah tak boleh pakai lagi sebab ini cara lama. Orang pun tak nak tahu pasal saya dengan benda macam ni. Kalau boleh saya mahu orang ramai tengok filem saya bukan sebab gosip sebegini tapi lebih kepada kualiti filem yang saya hasilkan dan juga jalan cerita yang lain dari filem tempatan yang sedia ada ”
Apabila ditanya soalan saguhati kepadanya benarkah dia akan mengikuti Neelofa balik beraya bersama, Hans sekali lagi menafkan hal itu akan terjadi kerana baginya apa yang penting masa ini ialah menemani ibunya yang kini mengalami masalah kesihatan yang memerlukan perhatian darinya ini kerana menurut Hans ibunya menghidapi kanser sudah hampir 2 tahun.

HANS ISAAC DAN NEELOFA
@buahmulut.com

more photos..Klik!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...