Thursday, August 16, 2012

Opor raya Nicholas Saputra



NICHOLAS berganding dengan Tiz Zaqyah untuk promo raya Diva Universal bersama Honda yang ditayangkan di saluran Diva Universal saluran 702.


TIDAK jauh bezanya berhari raya di Malaysia atau negara jiran Indonesia. Tradisi ziarah-menziarahi dan bermaafan masih dikekalkan di negara kelahiran aktor berbakat besar, Nicholas Saputra.
Katanya, sambutan hari raya Aidilfitri di ibu kota Jakarta cuma sederhana dan diraikan secara bersederhana tapi santai.
"Amalan pada pagi raya biasanya diluangkan untuk menziarahi saudara-mara terutama nenek saya dan jiran-jiran rapat selepas pulang dari solat sunat Aidilfitri.
"Kemudian ada sebahagiannya akan mengunjungi tempat-tempat lain seperti wisata (tempat-tempat pelancongan) atau pusat beli-belah," ceritanya yang dihubungi ketika berada di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk penggambaran promo raya Diva Universal.
Namun, kata Nicholas atau nama sebenarnya Nicholas Schubring Saputra, 28, hidangan yang digemarinya apabila tiba bulan Syawal adalah opor iaitu ayam yang dimasak bersama santan pekat.
"Kalau di Malaysia biasanya dipanggil masak rendang ayam, tapi di Jakarta hidangan itu jarang dihidangkan melainkan hari raya," katanya yang gemarkan kuih tart nanas dan kacang goreng pada hari raya.
Bercerita mengenai perkembangan terbaharu, Nicholas memberitahu, dia baru usai penggambaran filem berjudul Apa Yang Tidak Dibicarakan Ketika Membicarakan Cinta pada bulan lalu bersama aktres Ayushita.
Filem yang dijangka memasuki panggung wayang pada awal tahun depan itu mengisahkan kehidupan seorang lelaki buta dalam usaha mencari erti cinta.
"Saya mengunjungi beberapa buah sekolah pendidikan khas di Indonesia untuk menghayati watak sebagai seorang lelaki kurang upaya. Filem ini mencabar kerana kali pertama saya mendukung peranan sedemikian," tambah hero filem Ada Apa Dengan Cinta itu.
Selain itu Nicholas juga bakal muncul bersama filem yang baru selesai penggambaran awal tahun ini berjudul Poscard From The Zoo.
Tegas Nicholas, dia bagaimanapun masih menantikan tawaran watak daripada genre yang berlainan dan enggan dilabelkan seorang karyawan stereotaip.
"Masih banyak pengalaman yang perlu saya timba untuk bergelar pelakon hebat. Saya tidak pernah fikirkan genre tapi lebih kepada keserasian dengan pengarah sebelum membuat pilihan," ujarnya.
Nicholas tidak menolak jika ditawarkan filem aksi memandangkan dia kini sedang aktif mengikuti latihan tinju Thailand.
"Sudah setahun tinju Thailand menjadi rutin penjagaan kesihatan. Cara saya setiap dua tahun saya akan bertukar-tukar aktiviti. Kalau sebelum ini saya gemar akan sukan selaman skuba dan bermain tenis.
"Tinju Thailand juga mampu menjaga kesihatan jantung dan menghilangkan tekanan," dedahnya yang kini mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih bernama Dody.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...