Thursday, August 16, 2012

Ozlynn, Amyza 'diva' hari raya



LAKONAN Amyza Aznan (kiri) dan Ozlyn Wati (dua dari kanan) sebagai dua biras yang berlagak diva antara tarikan telefilem, Meriahnya Raya.


SUASANA hari raya sudah tentu bertambah meriah dengan sajian program-program menarik di televisyen. Sehubungan itu pada Aidilfitri kali ini, dua buah telefilem terbitan OutLoud Studio bakal mengisi slot program hari raya.
Dua telefilem tersebut yang berjudul Meriahnya Raya dan Esok Raya Beb, masing-masing bakal ditayangkan pada hari raya pertama dan ketiga di TV1 pukul 10 pagi. Menariknya, Meriahnya Raya menampilkan kisah dua wanita yang berlagak diva di hari raya, lakonan Amyza Aznan dan Ozlynn Wati.
Telefilem yang menampilkan barisan pelakon lain terdiri daripada Arash Mohd., Syarifah Sakinah, Ryzal Jaafar dan Azhan Rani itu berkisar mengenai adik-beradik yang sudah lama tidak pulang beraya di kampung sejak kematian ibu bapa mereka. Setelah lima tahun, mereka mengambil keputusan untuk pulang beraya di rumah pusaka yang dihuni oleh adik mereka Razil.
Telefilem yang mengambil masa enam hari penggambaran di sebuah rumah tradisional di Kuang, Selangor itu diarahkan oleh seorang pengarah muda, Nur Esmi Zahara Yusof. Esmi sebelum ini berpengalaman sebagai pengarah filem Jidin Sengal.
“Penggambaran telefilem ini sangat menyeronokkan sebab semua pelakon kelakar termasuk Arash Mohd. yang sesuai melakonkan watak komedi sebenarnya,” ujar Esmi ketika pelancaran dua telefilem tersebut di OutLoud Studio, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Katanya lagi, adegan yang paling mencuit hati adalah yang membabitkan lakonan Ozlynn dan Amyza sebagai biras yang seringkali tidak tidak sehaluan.
“Apabila Ozlynn hilang barang kemas, dia tuduh semua biras dia yang ada di dalam rumah itu mencurinya. Ozlynn dan Amyza menggamatkan set penggambaran telefilem ini sehingga semua kru turut tergelak dengan gelagat mereka,” jelasnya.
Tambah Esmi, walaupun semua pelakon telah diberikan skrip, terdapat beberapa aksi dan dialog spontan yang melucukan ditambah sendiri oleh barisan pelakon. Dia juga berbangga apabila kesemua pelakon terbabit telah memberi komitmen yang baik sepanjang sesi penggambaran.
Tarikan telefilem Esok Raya Beb pula sudah tentu menerusi gandingan lakonan Zul Huzaimi dan Eira Syazira, dua individu yang terpaksa menempuhi pelbagai dugaan sepanjang balik ke kampung masing-masing.
Esmi yang turut mengarah telefilem berkenaan menceritakan, Zul dalam telefilem itu melakonkan watak seorang yang kedekut sehingga terlalu berkira untuk balik ke kampung sendiri. Akibatnya, dia terpaksa menempuhi pelbagai kesukaran untuk balik ke kampung apabila tersedar pada saat-saat akhir untuk pulang beraya di kampung halaman.
“Ketika dia sedar untuk balik beraya di kampung, semua tiket bas sudah habis, dan di situ dia berjumpa Eira yang turut mengalami masalah yang sama,” ujarnya.
Ujar Esmi lagi, Esok Raya Beb akan membuatkan penonton tertanya-tanya tentang perkara yang akan berlaku kepada dua watak tersebut memandangkan mereka terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang menuju ke kampung dengan menumpang orang yang tidak dikenali
Menariknya, kata Esmi, Eira mendapat tahu mengenai kehamilannya pada hari ketiga penggambaran Esok Raya Beb.
“Eira memberitahu khabar gembira mengenai kehamilan sulungnya itu pada hari ketiga penggambaran Esok Ray Beb. Namun, dia tetap memberi kerjasama dan komitmen yang baik walaupun berada dalam keadaan mual,” ujar Esmi.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...