Wednesday, August 15, 2012

Far East Movement bikin histeria

DARI KIRI: DJ Virman, J-Splif, Kev Nish dan Prohgress merupakan tulang belakang Far East Movement.


FAR East Movement atau juga dikenali sebagai FM bukan lagi sebuah nama yang asing dalam industri muzik antarabangsa. Adunan elemen muzik hip-hop, elektro dan dance yang dicetuskan oleh kumpulan ini diterjemah melalui album sulung yang berjudul Free Wired. Ternyata penampilan muzik yang bertenaga dan asli itu membuatkan mereka digilai oleh peminat di seluruh dunia. Itu signatur kumpulan yang telah ditubuhkan pada tahun 2003 itu dianggotai oleh empat orang jejaka iaitu Kev Nish (Kevin Nishimura), Prohgress (James Roh), J-Splif (Jae Choung), and DJ Virman (Virman Coquia).
Mungkin ada peminat di luar sana, pernah menyaksikan FM secara langsung ketika mengadakan konsert pada tahun lepas. Namun, bagi yang pertama kali menyaksikan empat orang jejaka berdarah campuran Korea-Amerika ini secara langsung pada konsert yang telah diadakan di Singapura baru-baru ini sudah pasti terpukau dan teruja dengan aura pesona mereka di pentas persembahan. Konsert diberi nama Far East Movement National Day EVE Partee yang diadakan di The Coliseum, Hard Rock Hotel, Singapura pada 8 Ogos 2012 itu adalah bersempena konsert jelajah dunia yang kebetulan jatuh pada malam Hari Kemerdekaan Singapura pada 9 Ogos 2012. Tirai konsert yang disingkap lebih kurang pukul 9 malam itu dimulakan dengan putaran muzik daripada DJ Wendy Cakes yang membuatkan kira-kira 500 penonton yang hadir bersorak penuh keterujaan menantikan kehadiran anggota FM yang lain tampil di pentas.
Kali kedua ke Singapura

HAYAT Far East Movement dilanjutkan lagi dengan kemunculan album terbaharu mereka, Dirty Bass.


Sepanjang konsert berlangsung, anggota FM tidak putus-putus mengucapkan terima kasih dan meluahkan keterujaan mereka hadir ke sana buat kali kedua. Mereka pertama kali membuat konsert di Singapura pada tahun 2011. Walaupun ada ruang kosong di lokasi konsert berlangsung, namun jeritan para peminat yang hadir bergema bagaikan sudah cukup untuk memeriahkan suasana konsert. Ramai yang melaungkan nama FM dan tidak kurang juga peminat setia yang menyanyi bersama mereka.
Ternyata, persembahan empat orang jejaka kacak ini tidak menghampakan apabila dari mula persembahan hingga ke saat akhir, mereka sentiasa memberi persembahan yang sangat menarik dan penuh bertenaga.
Putaran muzik yang dimainkan oleh DJ VerMan dan tarian beberapa orang penari seksi sememangnya menambah histeria penonton yang turut sama menari mengikut rentak tari yang dipersembahkan di atas pentas The Coliseum itu.

KONSERT ini merupakan kali kedua buat Far East Movement menghiburkan peminatnya di Malaysia.


Apa yang menariknya, bukan sahaja golongan muda-mudi hadir memenuhi ruang konsert tersebut, namun kelihatan juga beberapa warga emas yang bukan sahaja seronok melarutkan diri ke dalam lagu-lagu FM, malah turut sama menari mengikut rentak muzik. Antara lagu yang didendangkan oleh kumpulan ini termasuklah single terbaharu mereka iaitu Dirty Bass, Suasana pada hari konsert tersebut berlangsung tidak pernah dilanda kebosanan kerana FM sentiasa memberikan persembahan yang menarik walaupun ketika mereka sibuk bermain alat muzik, namun tenaga yang dipamerkan seperti tidak pernah kurang walau sedikit.
Menambah histeria peminat, apabila kumpulan yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini, menyampaikan lagu hit mereka iaitu Like A G6. Suasana bertukar menjadi semakin rancak apabila FM mempersembahkan satu lagi hit terbaik mereka yang pada asalnya dinyanyi bersama vokalis One Republic, Ryan Tedder yang berjudul Rocketeer. Setelah mendendangkan kira-kira 10 buah lagu, peminat seperti tidak mahu meninggalkan tempat tersebut dan melaung-laung meminta FM untuk menyampaikan lebih banyak lagu.
Tidak sampai lima minit, kumpulan itu dilihat muncul semula setelah diseru oleh peminat yang masih belum puas dengan persembahan yang diberikan. Lebih kurang dua jam menghiburkan peminat melalui persembahan yang cukup menarik, konsert FM tamat disambut dengan tepukan gemuruh dan jeritan kepuasan dari para peminat yang menantikan kehadiran mereka. Selepas konsert dijalankan, beberapa peminat bertuah dipilih untuk sesi Meet and Greet bersama keempat-empat jejaka tersebut yang mana seorang peminat dari Malaysia telah memenangi dua keping tiket menyaksikan konsert tersebut yang dibawa oleh Universal Music Malaysia ke Singapura.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...