Wednesday, August 15, 2012

Dev Patel hormati kerjaya wartawan



DEV PATEL berpeluang menyelami dunia kewartawanan menerusi lakonannya dalam siri televisyen, The Newsroom.

SEMENJAK membuat kemunculan sulung dalam filem Slumdog Millionaire pada tahun 2008, nama aktor Dev Patel di persada perfileman global terus meningkat naik.
Ia nyata impak lakonan penuh efektif dirinya untuk salah satu watak penting filem itu iaitu sebagai Jamal Malik, seorang pemuda yang memenangi sebuah program kuiz televisyen, Who Wants To Be A Millionare.
Terbaharu, aktor kelahiran London, England itu muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul The Newsroom yang sudah mula disiarkan di saluran HBO (Astro 411) setiap hari Rabu pukul 9 malam sejak 1 Ogos lalu.
Menerusi perbualan telefon bersama Kosmo! yang diaturkan oleh pihak HBO Malaysia baru-baru ini, Patel berkata, dia tertarik untuk memegang watak sebagai Neal Sampat sebaik sahaja menerima skrip drama berkenaan pada tahun lalu.
“Sepanjang bergelar pelakon dunia kehidupan saya sememangnya sentiasa dikelilingi wartawan dan paparazi. Jadi, berpeluang membintangi drama ini membuatkan saya merasakan pengalaman tentang selok-belok dunia kewartawanan.
“Diberi peranan watak sebagai seorang wartawan dan blogger, saya tidak mengambil masa yang lama membuat keputusan untuk menerimanya setelah menerima skrip drama ini daripada pihak agensi pada tahun lalu,” ujar aktor berusia 22 tahun itu.
Menurut Patel, ketika mula menjalani penggambaran drama berkenaan dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gugup, terutama apabila berlakon dengan beberapa pelakon hebat lain seperti Jeff Daniels dan Emily Mortimer.
SELEPAS bergandingan dalam filem Slumdog Millionaire, Dev Patel dan Frieda Pinto menjalinkan hubungan cinta.


Bagaimanapun, perasaan tersebut terus hilang dan dia semakin selesa mendalami watak lakonannya itu dan sangat berterima kasih kepada penerbit eksekutif dan pencipta drama tersebut, Aaron Sorkin kerana memberi peluang buat dirinya untuk berlakon.
“Apa yang lebih penting, dapat berlakon dalam drama ini memberikan saya gambaran yang sebenar tentang dunia kewartawanan dan kini saya semakin menghormati kerjaya seorang wartawan,” kata kekasih kepada aktres Frieda Pinto itu.
Bollywood
Sementara itu, ketika ditanya adakah dia berminat untuk melebarkan sayap lakonannya di Bollywood memandangkan darah keturunan India yang dimilikinya, aktor berkenaan memberitahu dia lebih selesa mengembangkan karier di negara kelahirannya.
“Bagi saya, dalam industri perfileman Bollywood sudah terlalu ramai pelakon lelaki yang hebat. Lagipun saya sendiri membesar dengan filem-filem Barat berbanding Bollywood,” jelasnya.
Ujarnya, selepas ini dia menaruh harapan ditawarkan peluang berlakon dalam filem aksi memandangkan dia merupakan peminat filem-filem lakonan Bruce Lee dan turut mempunyai ilmu dalam seni mempertahankan diri iaitu Taekwando.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...