
Irma Hasmie Ibrahim dan Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan

Redza menyuapkan kek ke Irma Hasmie di Majlis Persandingan mereka di Agro Exposition Park Serdang kermarin
Dua hari setelah bergelar suami isteri, pasangan pengantin baru, Irma Hasmie Ibrahim, 30, dan Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, diraikan dalam majlis resepsi penuh meriah di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), kelmarin.
Berlangsung dalam suasana sederhana, jelas terserlah kebahagiaan di wajah mempelai yang sah diijabkabulkan pada 29 Jun lalu.
Diarak memasuki dewan tepat jam 9 malam, Irma dan Redza kelihatan sama cantik, sama padan dengan mengenakan baju rekaan Ezuwan Ismail.
Seperti majlis pernikahan mereka, gandingan Amin Idris dan Heliza Helmi sekali lagi diamanahkan untuk mengacarakan upacara persandingan yang dihadiri lebih 1,000 tetamu ini.
Diarak memasuki dewan tepat jam 9 malam, Irma dan Redza kelihatan sama cantik, sama padan dengan mengenakan baju rekaan Ezuwan Ismail.
Seperti majlis pernikahan mereka, gandingan Amin Idris dan Heliza Helmi sekali lagi diamanahkan untuk mengacarakan upacara persandingan yang dihadiri lebih 1,000 tetamu ini.
Bagi memperoleh keberkatan-Nya, majlis terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin pendakwah muda, Ustaz Don Daniyal.
Selepas itu, penonton dihidangkan dengan tayangan video ucapan pengantin yang berkongsi kisah pertemuan mereka.
Majlis juga diserikan dengan persembahan daripada kumpulan In Team dan Algebra yang menyanyikan lagu khas buat pasangan pengantin.
Acara kemuncak ialah apabila Irma dan Redza memotong kek setinggi tujuh tingkat selepas upacara makan beradab.
Gerak hati
MENYINGKAP kembali detik penyatuan Irma dan Redza, semuanya bagaikan berjalan dengan mudah dan lancar buat pasangan ini.
MENYINGKAP kembali detik penyatuan Irma dan Redza, semuanya bagaikan berjalan dengan mudah dan lancar buat pasangan ini.
Biarpun usia perkenalan sebelum diijabkabulkan hanya menjangkau lima bulan, gerak hati masing-masing kuat mengatakan mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama.
Apatah lagi lokasi pertemuan kali pertama mereka berlangsung di tempat penuh keberkatan, iaitu di Tanah Suci Makkah dan bersaksikan Kaabah, saat masing-masing sedang mengerjakan ibadah umrah.
Mengimbau memori indah yang berlaku tanggal 14 Februari lalu, jelas Irma, semuanya berlaku dengan begitu pantas.
“Ketika itu, saya sedang melakukan tawaf ketujuh dan sebaik saja berpaling saya terus terpandang suami dan keluarganya.
“Ibu Redza, Datin Azizah Osman menyapa saya dan dari situlah kami mula berkenalan dan hubungan yang terjalin semakin akrab,” katanya yang dirisik keluarga Redza seminggu selepas pulang daripada mengerjakan umrah.
Sementara itu, bagi Redza, kali pertama melihat Irma di depan pintu Kaabah bagaikan memberi petunjuk bahawa wanita itu kelak akan bergelar isterinya.
“Pemandangan ketika itu sangat menakjubkan kerana semua orang berpakaian ihram berwarna putih, tetapi saya melihat Irma memakai selendang merah.
“Dari situ, saya yakin bahawa Irma merupakan bidadari yang dihantar sebagai hadiah daripada ALLAH SWT untuk saya,” katanya yang mengharap keberkatan dalam ikatan pernikahan ini.
Bercint a lepas kahwin
MENGAKUI belum merasai nikmat bercinta seperti pasangan lain dek perkenalan yang singkat, bukan masalah buat Irma dan Redza untuk menyuburkan rasa itu selepas berkahwin.
MENGAKUI belum merasai nikmat bercinta seperti pasangan lain dek perkenalan yang singkat, bukan masalah buat Irma dan Redza untuk menyuburkan rasa itu selepas berkahwin.
“Saya bersyukur dapat bercinta secara halal selepas berkahwin kerana cara sebegini lebih diberkati Tuhan.
“Malah, saya agak teruja untuk mengenali Redza dengan lebih mendalam selepas kami berumah tangga,” kata Irma yang jatuh hati dengan sikap jujur dan penyayang suaminya.
Manakala, Redza tidak menjadikan usia perkenalan yang pendek sebagai penghalang untuknya menerima Irma seadanya.
“Daripada awal lagi, hubungan kami mendapat restu dan sokongan keluarga membuatkan saya tidak mengambil masa lama untuk meminangnya.
“Saya yakin Irma mampu menjadi isteri solehah dan ibu mithali untuk anak-anak kami kelak,” katanya yang juga seorang usahawan.
Tak tolak rezeki
KEHADIRAN cahaya mata adalah impian buat setiap pasangan yang berkahwin, begitu juga dengan Irma dan Redza yang tidak menolak jika diberi rezeki awal.
KEHADIRAN cahaya mata adalah impian buat setiap pasangan yang berkahwin, begitu juga dengan Irma dan Redza yang tidak menolak jika diberi rezeki awal.
Malah, Irma sendiri sudah melahirkan hasratnya untuk tidak merancang kehamilan.
"Bagi saya, anak adalah rezeki besar daripada Tuhan dan saya akan menerima dengan hati terbuka.
"Jika diberikan rezeki lebih awal, kami amat bersyukur. Semoga kami akan dikurniakan dengan zuriat soleh dan solehah, Insya-Allah," tutur Irma penuh harap.
Mengenai perancangan mereka selepas berkahwin, agenda untuk berbulan madu ternyata belum ada dalam senarai pasangan secocok ini.
Jelas Irma, mereka berdua perlu menyelesaikan pelbagai perkara lain dan tidak sempat untuk berbincang mengenai destinasi bulan madu.
"Selepas selesai majlis pihak lelaki pada 7 Julai ini, barulah kami akan berfi kir mengenainya.
"Jika diikutkan, kami berhasrat untuk mengerjakan umrah atau haji bersamasama," katanya.
"Jika diikutkan, kami berhasrat untuk mengerjakan umrah atau haji bersamasama," katanya.
Sudah tidak sabar mahu memulakan tugasnya sebagai isteri, Irma memberitahu, dia akan mengatur kariernya sebaik mungkin agar tidak mengganggu tanggungjawab baru itu.
"Komitmen saya sudah bertambah dan keutamaan tentunya terhadap rumah tangga dan suami.
"Bagaimanapun, karier saya masih berjalan seperti biasa kerana suami tidak pernah menghalang," katanya.
Kata-kata Irma disokong Redza yang akan memberi kebebasan untuk Irma terus bergiat aktif dalam bidang seni.
"Saya izinkan dia untuk teruskan kerjayanya asalkan dia tahu menjaga batas dan nama baik keluarga.
"Sebagai isteri, saya harap Irma akan membahagikan masa dengan sebaik mungkin," katanya.
@sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment