Selepas melihat beberapa selebriti wanita melakukan penghijrahan dengan imej bertudung, kini seorang lagi selebriti telah mengikut jejak langkah sama.
Menerusi akaun twitter miliknya, Sharifah Sofia berkongsi gambar terbarunya yang manis mengenakan hijab beserta ungkapan 'Here’s to a new chapter… Bismillah!'.
Penghijrahan ini dikuatkan lagi dengan langkah yang telah diambil oleh pelakon ini dengan memadamkan gambar-gambar lama beliau tanpa tudung.
Tahniah MH Online ucapkan kepada Sharifah Sofia di atas penghijrahan ini. MH akan mendapatkan kenyataan rasmi daripada empunya diri dalam masa terdekat. Nantikan!
@mediahiburan.karangkraf.com
Melancong dalam dan luar negara bersama Masamaz Travel & Tours!
No comments:
Post a Comment