Sejak menjadi Dj di Suria FM amat jarang sekali kita melihat kemunculan nabil di mana-mana kaca televisyen. Kini Nabil mengendalikan Breakfast@Suria bersama Kencana Devi dan juga Halim Othman.
Menurut Nabil yang kami temui baru baru ini memaklumkan yang dirinya kini lebih selesa bekerja sebagai seorang DJ. Katanya juga “Elok juga kalau saya jarang muncul dimana mana televisyen buat masa sekarang. Bukan apa saja nak kasi peminat rindu dekat saya” Katanya secara bergurau.
Nabil juga memaklumkan kepada kami yang dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan termasuk 2 buah filem yang ditolaknya. Ujanya lagi ini disebabkan kerana komitmennya sebagai Dj radio yang dilakukanya kini bersama Suria FM. Walaubagaimana pun katanya dia berasa bersyukur kerana masih ada lagi tawaran yang datang kepadanya walaupun sudah berkahwin. Ini sekaligus menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan popularitinya jatuh merudum sejak akhir-akhir ini.
“Apa yang orang nak kata itu terpulanglah. Tapi yang pasti saya seronok bekerja sebagai Dj radio dan saya selesa denganya. Pasal popular ke atau pun tidak itu saya dah tak kesah sangat. Sebab saya pernah merasainya satu ketika dahulu seperti mana Aaron Aziz sekarang yang menang Bintang Paling Popular Berita Harian. Bagi saya saya lebih selesa dengan apa yang saya ada sekarang. Tak adalah macam dulu tak boleh buat silap sikit apa pun, semua nak di beritakan.”
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment