Friday, July 27, 2012

Mamat Sepah Berhenti Gunakan Twitter Selepas Insiden Penyebaran Gambar Kemalangan Zed Zaidi

Nama Mamat Sepah sememangnya tidak lekang daripada kontroversi. Masih ingat lagi dengangambar kemalangan Zed Zaidi yang tersebar luas di Twitter kelmarin? Menurut portal GUA, Mamat Sepah merupakan orang pertama yang memuat naik gambar kemalangan tersebut dan menyebabkan kekecohan.
mamat sepah
Setelah gambar tersebut disahkan sebagai salah satu babak lakonan drama Zed Zaidi, Mamat Sepah telah pun menggunakan Twitter untuk membalas teguran yang dilemparkan kepadanya kerana penyebaran gambar palsu tersebut. Sayangnya penggunaan kata-kata carutan dan ugutan telah pun digunakan oleh Mamat Sepah.
mamat sepah
Di saat artikel ini ditulis, twitter Mamat Sepah sudah pun tidak aktif lagi. Kemungkinan besar Mamat Sepah tertekan dengan apa yang terjadi. Secara jujur, sepatutnya Mamat Sepah hanya perlu memohon maaf menerusi Twitter atas penyebaran gambar palsu tersebut. Kalau itu yang Mamat lakukan, sudah pasti hal ini tidak merebak besar.
mamat sepah
Kemungkinan besar Mamat juga turut tertekan dengan apa yang terjadi menyebabkan Mamat mengeluarkan kata-kata sebegini. Apa kata anda? Kredit info portal GUA dan Hazrey.
@beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...