Saturday, July 14, 2012

Malu digelar muka gajah

Chan Mong Ping (kanan) menerima kunjungan rakannya, Leong Chee Ming yang turut menghidap penyakit Port Wine Stain di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang bapa menitiskan air mata apabila mengenangkan nasib anak perempuannya yang sering dicerca dan dihina oleh orang lain kerana mengalami kecacatan teruk pada wajahnya akibat penyakit yang sukar diubati.
Bagi Chan Hoong Yee, 67, dia sudah tidak sanggup lagi melihat anaknya, Chan Mong Ping, 43, dipinggirkan masyarakat akibat penyakit Port Wine Stain atau Haemongiomas Rata yang dialaminya sejak lahir.
Hoong Yee yang merupakan seorang buruh binaan berkata, dia dan keluarga sudah kering air mata mengenangkan masa depan anak perempuan sulung daripada lima beradik itu.
"Mong Ping tidak pernah mendapat sebarang rawatan sama ada moden mahupun rawatan tradisional ekoran masalah kewangan yang saya hadapi.
"Akibat tiada sebarang rawatan, kini tangan kanannya menjadi lemah dan penglihatannya juga terjejas," katanya ketika ditemui semasa lawatan Penyelaras MCA Parlimen Serdang, Datuk Liew Yuen Keong ke rumahnya di Kampung Seri Kembangan dekat sini semalam.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...