Acap kali kita mendengar bahawa muzik yang dibawakan oleh kumpulan Jinbara ini ialah bersifat kekampungan. Dengan lagu dan gaya persembahan yang sering dibawakan mereka maka label pemuzik “Kampung” terus melekat sehingga kini.
Menurut Tia, vokalis jinbara yang kami temui sewaktu mengadakan showcase di Sixty3 Club, mengatakan. Jinbara tidak kisah jika selama ini mereka dilabelkan sebagai kumpulan muzik kampung. jelas Tia lagi “Dengan muzik ‘kampung’ yang kami bawa inilah mampu membuat kumpulan jinbara ini bertahan sehingga hari ini. Jadi biarlah apa yang orang hendak katakan kepada kami. Kami tahu apa muzik yang dibawa.”
Untuk makluman Jinbara menerusi lagu lagu mereka sebelum ini mencatat jumlah muat turun ‘ringbacktones’ tertinggi dengan angka melebihi 1.5 juta! dan baru melancarkan album berjudul “Kolaborasi Mental” yang kini sudah berada di pasaran
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment