Tuesday, July 31, 2012

Dua Beradik Dituduh Bunuh Ibu Tiri Sendiri

Dua Beradik Dituduh Bunuh Ibu Tiri Sendiri
KLANG  - Dua beradik perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh ibu tiri mereka pada pertengahan bulan ini.
Tiada pengakuan direkodkan daripada pekerja pub, Zahidah Ahmad, 29, dan adik tirinya yang baru berusia 16 tahun.
Semasa tuduhan dibacakan, pelajar tingkatan empat itu berdiri di luar kandang tertuduh dan dilihat sering mengesat air matanya sambil memegang tangan kakak tirinya yang berada di dalam kandang tertuduh.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian guru agama, Tanziah Zainuddin, 72, dengan menekup muka mangsa dengan bantal.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang, 14 Julai lalu di ruang tamu rumah No. 2, Lorong Kiyai Sujak, 20B, Taman Sri Wangi, Kapar di sini. (Utusan Malaysia)
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...