Friday, June 8, 2012

Zed Zaidi ‘Angin’ Lagi! Nak Buat Laporan Polis?

Zed Zaidi

KUALA LUMPUR – ‘Angin’ kepala pelakon yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi semakin ‘besar’ apabila dia mahu membuat laporan polis mengenai tindakan drastik yang bakal diambil oleh sekumpulan artis veteran dalam persatuan itu.
Zed Zaidi akan membuat laporan sekiranya artis-artis veteran itu ingin mengadakan pertemuan tergempar di Finas pada hari ini yang mempertikaikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 yang dibuat oleh Zed Zaidi sama ada sah atau tidak.
Memetik laporan dari mStar Online, Zed Zaidi berkata, tindakan kumpulan artis veteran yang mempertikaikan mesyuarat itu pada 26 Mei lalu adalah menyalahi undang-undang.
“Saya akan buat laporan polis jika pertemuan itu diadakan pada petang ini. Untuk apa mereka mahu mempersoalkan kesahihan AGM14 Seniman yang sudah pun berlangsung itu?
“Tindakan itu adalah menyalahi undang-undang kerana jelas sekali mereka mempunyai agenda dan kepentingan peribadi,” kata Zed Zaidi.
Zed Zaidi percaya, motif dan tujuan perjumpaan artis-artis veteran itu bertujuan untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai Presiden persatuan itu.
Malah, Zed Zaidi enggan menggulas mengenai tanggungjawab dan tugasnya sebagai Presiden Seniman yang banyak menimbulkan kes-kes kontroversi sejak akhir-akhir ini walaupun belum cukup sebulan memegang tampuk pemerintahannya itu.
“Buat masa ini saya tidak mahu komen lebih-lebih selagi tiada pengesahan mengenai butiran pertemuan itu.
“Namun, saya percaya ia didalangi oleh individu-individu yang sama seperti kes-kes yang pernah berlaku ketika Seniman diterajui oleh presiden-presiden sebelum ini,” katanya.
Akhbar Berita Harian pada hari ini melaporkan bekas Bendahari Seniman, Abu Bakar Omar mendakwa, artis-artis veteran berasa ditipu dan dipinggirkan oleh Zed Zaidi dalam persatuan itu.
Segala permintaan mereka mengenai isu-isu yang disuarakan juga tidak diendahkan oleh ahli-ahli yang lebih muda dalam persatuan tersebut.
Pertemuan tergempar yang diaturkan oleh kumpulan artis veteran itu difahamkan akan diadakan di Pawagam Mini P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka, Fina, Ampang pada jam 3 petang ini.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...