Saturday, June 9, 2012

PM sedia pertimbang BR1M pusingan kedua



ORANG ramai berebut-rebut untuk bersalaman dengan Najib ketika merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kulim semalam.


KULIM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.
"Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini semalam.
Katanya, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.
Najib berkata, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.
"Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada happy (gembira) sahaja. Tidak ada rasa cemas, tiada pun hendak guna shield (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru-hara, kacau-bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara," katanya
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...