Sunday, June 10, 2012

Rozita, Beego pimpin tangan


ROZITA


RASA-RASANYA, selagi pelakon jelitawan Rozita Che Wan belum naik pelamin, selagi itulah janda seksi bergetah itu akan dikaitkan dengan dengan lelaki baharu.


Malas hendak kira dengan jari, sudah ramai jejaka tampan dikaitkan dengannya, itu tidak termasuk gosip yang mendakwa Rozita dah nak kahwin atau sudah kahwin dengan datuk itu dan datuk ini. Pendek kata, macam-macam jenis lelaki. Tapi, Diva rasa, kalau Diva seorang lelaki, Diva pun suka jika dikaitkan dengan Kak Ita. Jangan marah ya!
Selepas usahawan dari Singapura, Shahir AF dan Zain Saidin, Diva dengar cerita Rozita sekarang tengah berkawan dengan duda yang tak kurang kacaknya, Beego.
"Amboi, siap jalan pegang-pegang tau. Bukan sekali orang nampak Rozita jalan-jalan cuci mata dengan Beego, sekali kat Pavillion, ada sekali tu kat The Curve. Aku rasa Rozita sekarang dah beralih kepada Beego pula," kata mata-mata Diva bukan main ghairah bila cakap pasal Rozita.
Diva tenung sahaja muka penyampai maklumat itu, saja nak tau reaksi dia. Manalah tahu, dia buat fitnah semata-mata, Diva juga yang tanggung kejian.
Diva sebenarnya dah tahu pasal Rozita ada keluar dengan Beego tapi tak ada bukti. Yelah sekarang, ramai yang suka jadi penyampai, seronok agaknya. Alahai, kalau benar Rozita dengan berkawan dengan Beego, rasanya tak ada masalah, lagipun dua-dua sama status, sama padan!

Diva: Dengar cerita filem Gerimis Mengundang memang mengundang resah penonton. Jangan mengundang kecewa harapnya.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...