Sunday, June 10, 2012

Khairul Fahmi, Leuiney keluar bersama


LEUINEY

SUMBER Diva yang satu ini sentiasa mengemas kini perkembangan artis mahupun golongan yang diangkat sebagai selebriti. Selalu sahaja dia mendapat berita baik selebriti seni dan atlet. Yalah, sekarang ini ada golongan yang sudah melihat atlet sebagai selebriti sebab selalu muncul di dada akhbar atau majalah.
Dalam senyum simpul, teman Diva yang jambu ini berbisik lembut: "Va, ku nak gosip pasal pemain bola sepak kegemaranku. Walaupun ada sedikit cemburu, kurelakanlah demi melihat dia bahagia. Khabarnya Khairul Fahmi ke majlis perkahwinan adik Neelofa yang bernama Noor Nellisa minggu lalu dengan ditemani si cantik Leuiney. Memang kalau ditenung-tenung sama cantik dan sama padan. Bekerjasama menjadi model jenama SimplySiti, pastilah kedua-duanya dapat mengenali hati masing-masing kan?"
Itu nada cemburu dan restu teman Diva yang sememangnya peminat tegar Khairul Fahmi atau Apek itu. Diva jadi tersenyum kerana perangainya dan membayangkan pasangan yang memang sama elok itu.
Tidak salah rasanya kalau cinta terbentuk daripada perkongsian masa dan pertentangan masa yang mereka jalani sekarang. Diva restu sahaja walaupun tahu ramai yang makan hati nanti.

Diva: Tak sabar tunggu ole-ole daripada dua bintang realiti yang berkongsi katil di Indonesia. Bajet katanya.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...