Monday, June 4, 2012

Penangan Faizal Tahir

Penangan Faizal Tahir
Faizal Tahir
WALAUPUN usia pembabitannya dalam bidang hiburan belum mencecah 10 tahun, pencapaian Faizal Tahir cukup membanggakan.

Dikenali dengan pelbagai gimik ketika membuat persembahan, Faizal boleh dikatakan antara penyanyi lelaki yang versatil.

Maka, tidak hairanlah apabila konsert solonya dua tahun lalu dibanjiri ramai peminat yang menyukai persembahan bertenaganya.

Kali ini, Faizal akan mengubati kerinduan peminat dengan konsert istimewa di KL Live, 1 Julai ini.

Bukan sekadar menyanyikan kembali lagu-lagu popularnya, tetapi Faizal juga akan memberi penekanan terhadap kreativiti muzik setiap lagu.

Lebih istimewa, Faizal juga akan melancarkan album ketiganya yang menampilkan banyak kelainan berbanding album terdahulu.
@sinarharian.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...