Saturday, June 9, 2012

Olivia Jensen letak syarat

OLIVIA bercerita tentang pengalaman pahit dan manis sepanjang terlibat dengan produksi Malaysia, Gerimis Mengundang.



PENDUKUNG watak Mikha dalam filem Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham, Olivia Lubis Jensen, 19, telah meletakkan syarat andai ingin disunting lagi oleh produksi luar Indonesia.
Katanya, dia cerewet tentang karakter yang ditawarkan kepadanya dan enggan menerima watak yang lebih berusia daripada umur sebenar dirinya sekarang.
“Watak perlu sesuai dengan usia saya yang masih muda. Saya tidak mahu menerima karakter yang lebih tua kerana saya perlu menjaga imej saya.
“Kalau dikatakan syarat ini mengehadkan tawaran yang datang, saya akui tapi rasanya ketika kita muda sesuai membawa peranan muda. Kelak menyesal!” tegasnya.
Olivia yang sudah terbiasa dididik dengan disiplin yang tegas apabila berada di set penggambaran bagaimanapun tidak berasa kekok membintangi naskhah produksi dari Malaysia.
“Saya senang sekali bekerja dengan produksi Gerimis Mengundang dan banyak juga belajar. Saya perlu lebih pantas kerana tidak banyak masa yang diberikan untuk saya berlengah-lengah,” ujarnya yang ditemui ketika majlis pratonton filem Gerimis Mengundang baru-baru ini.
Keterbatasan masa
Kata Olivia, dia mendapat skrip filem gandingan bersama Kamal Adli itu sebulan sebelum memulakan penggambaran pada tahun lalu.
“Masa terbatas tapi saya sudah berusaha sebaik mungkin, banyak benda yang saya tak faham dan menjejaskan persepsi saya.
“Saya sudah mengesahkan penglibatan saya dalam Gerimis Mengundang sebulan sebelum tarikh penggambaran dan saya ada meminta pihak produksi untuk membuat persiapan awal tetapi mereka berdepan dengan masalah lain menyebabkan saya tidak cukup masa untuk membuat latihan lakonan.
“Jadi saya perlu tanggung akibatnya kerana kurang waktu berlatih dari segi teknik lakonan dan hubungan kimia antara karakter,” jelasnya mengenai dakwaan kurang wujud keserasian antaranya dan Kamal Adli dalam filem itu.
Menyifatkan dia seorang yang mahukan kesempurnaan ketika berkarya, Olivia akur dia perlu mencari penyelesaian untuk kekangan waktu yang tercetus.
Dalam pada itu, Olivia mendedahkan bahawa setiap bait-bait dialog yang dituturkan dalam Gerimis Mengundang diterjemahkannya sendiri ke dalam bahasa Indonesia.
“Saya mendapat skrip dalam bahasa Malaysia dan perlu menukarkan ke bahasa Indonesia sendiri, skrip itu saya dapat seminggu sebelum mula penggambaran.
“Bayangkan saya kurang mengerti akan dialog itu tapi perlu ditukarkan sendiri, adakalanya saya dibantu oleh pengurus saya yang sedikit mahir.
“Amat sukar untuk saya mencari individu profesional bagi membantu saya, lagipun itu bukan kerja saya,” getusnya yang baru usai penggambaran filem komedi aksi Potong Bebek Angsa.
Namun, pelakon kacukan Indonesia-Denmark itu memuji produksi Malaysia yang sentiasa menjaga kebajikannya sepanjang berada di Malaysia dan tempoh promosi.
Malah dia turut senang beraksi bersama Kamal Adli yang disifatkannya kelakar dan aktif.
Dalam perkembangan lain, Olivia juga turut sibuk dengan kempen kesedaran kanser serviks dengan memberikan seminar sekitar Jakarta, Indonesia.
Pelakon sinetron Hafizah itu juga akan memulakan perniagaan dalam taliannya pada tahun hadapan selain akan kembali menuntut ilmu dalam bidang rekaan fesyen tidak lama lagi.
@kosmo.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...