DIKECEWAKAN cinta, gagal dalam kehidupan, putus asa dan akhirnya menterjemahkan emosi ke dalam lirik lagu bersaksikan melodi indah barangkali eskapisme klise sesetengah artis.
Namun bagi Christina Perri atau nama sebenarnya Christina Judith Perri, 25, konsep cerita yang dilaluinya dalam hidup memaksa dia untuk menjadi lebih berani dan matang.
"Setiap lagu yang saya hasilkan berdasarkan pengalaman yang saya tempuhi sebelum ini, sama ada berkisar tentang cinta atau kehilangan.
"Sudah pasti perkara ini bunyinya sangat personal tapi matlamat saya mahu menyuntik semangat dan kekuatan lagu itu untuk tidak mudah menyerah dan wanita harus dilayan dengan berhemat," tegasnya pada sesi ramah mesra di Hotel KL Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini sebelum konsert bermula.
Prinsip yang kuat menggambarkan perjuangan ke arah membela nasib wanita akibat sebuah kehidupan yang musnah dan wanita kelahiran Philadelphia, Amerika Syarikat itu.
Tambahnya, setiap individu mempunyai kisah peribadi tersendiri dan perjalanan yang berbeza itu membikin keunikan dalam diri masing-masing.
"Apabila saya mengatakan tidak bermakna saya benar-benar maksudkan!, tegas Perri tentang prinsip hidupnya."
Perri sebelum ini pernah mengembara ke Los Angeles pada tahun 2009 ketika berusia 21 tahun untuk berkarier dan membina kehidupan bersama seorang jejaka yang istimewa di hatinya, namun rumah tangganya itu musnah selepas 18 bulan.
Selepas peristiwa itu, dia kembali ke Philadelphia dan mula mencipta lagu hasil kebolehannya bermain piano. Sejak itu lagu pertamanya, Jar Of Hearts mula tercetus dan dia kembali semula ke Los Angeles bersama impian baharu.
300 lagu
Perri menyingkap kecenderungannya dalam muzik klasik yang banyak memandu arahnya dalam menghasilkan lagu terutama yang dinyanyikan Tony Francis.
Malah katanya, kebanyakan lagu-lagu cinta klasik banyak memberikannya ispirasi berkarya.
"Saya memiliki lebih 300 buah lagu dalam koleksi sekarang dan kisah cinta benar-benar menyuntik inspirasi kepada saya," ujarnya.
Ditanya mengenai keistimewaan lagu A Thousand Years, katanya judul itu sudah jelas mencerminkan keagungan kuasa cinta.
"Lagu itu bukan berkenaan diri saya tapi ia menceritakan perasaan kasih dan cinta akan seseorang selama-lamanya," jelas Perri.
Jason Mraz
Perri sebelum ini pernah merakamkan sebuah lagu duet bersama penyanyi idolanya, Jason Mraz berjudul Distance benar-benar teruja saat ditanya mengenai kolaborasinya dengan penyanyi lagu I'm Yours itu.
"Saya meminatinya sejak berusia 17 tahun lagi dan apabila dapat bekerjasama dengan beliau saya mula-mulanya takut!
"Akhirnya impian saya menjadi realiti, dia seorang lelaki yang merendah diri dan tidak lokek berkongsi ilmu," tambahnya yang tidak menolak sekiranya digandingkan sekali lagi dengan Jason Mraz.
Kini Perri telah muncul dengan album pertamanya berjudul Lovestrong yang memuatkan 16 buah lagu termasuk A Thousand Years dan Jar Of Hearts.
Katanya, setiap lagu dalam album itu berkisar perhubungan sesama manusia yang mempunyai pelbagai peringkat, perasaan dan pengalaman.
Dalam perkembangan lain, Perri mendedahkan dia kini dalam rangka menyiapkan album keduanya yang dijangka diedarkan pada penghujung tahun ini.
Abang
Perri pasti tidak akan berenggang daripada abangnya, Nick Perri setiap kali beraksi mahupun merakam lagu kerana baginya abangnya itu merupakan sumber kekuatannya.
"Kami membesar bersama-sama dan bangga melihat dia meminati bidang yang sama seperti saya.
"Nick banyak memberikan inspirasi, menyokong serta sumber kekuatan bagi saya. Dia banyak mendengar keluhan saya dan memberikan nasihat yang sewajarnya sebagai seorang abang," cerita Perri lagi.
@kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment