gambar hiasan
KOTA BHARU - Seorang nelayan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 15 tahun, bulan lalu.
Tuduhan terhadap Ismadi Ismail, 38, dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Berdasarkan tuduhan, Ismadi didakwa merogol pelajar tingkatan tiga itu di dalam kereta di tepi Tokong Buddha, Kampung Merabang Kubang Golok, Bachok pada jam 10 malam, 15 Mei lalu.
Kes akan didengar 5 Ogos depan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali membantah jaminan kerana tuduhan serius yang dihadapi Ismadi.
Bagaimanapun, peguam bela memohon jaminan dibenarkan berikutan tertuduh bekerja dan penanggung tunggal keluarganya.
"Saya mohon jaminan yang minimum kerana isteri tertuduh sendiri akan menjaminnya," katanya.
Selepas dipertimbangkan, Hakim Azman membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tidak mendekati atau menghubungi mangsa dengan apa-apa cara sekalipun.

@sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment