Thursday, June 7, 2012

Bakal pengantin dipenjara

Mohd Azrul hadir di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.
Mohd Azrul hadir di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.
SEREMBAN – Seorang bakal pengantin dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban, di sini semalam.

Mohd Azrul Ahmad Ramli, 29, yang bakal melangsungkan perkahwinannya hujung minggu ini turut berdepan hukuman lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Dia merupakan bekas ejen sebuah syarikat dilantik Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) mengaku bersalah atas tuduhan rasuah berkai tan pakej langganan seorang pelanggan Astro.

Mohd Azrul membuat pengakuan itu didepan Hakim Datin Nursinah Adzmi setelah pertuduhan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Fairuz Johari dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertudu han , Mohd Azrul didakwa secara rasuah memperoleh nilai suapan untuk dirinya iaitu sebanyak RM200 daripada pengadu, Norizan Abdul Aziz di Restoren D Norieez TomYam Seafood, Mantin Square, Jalan Besar Mantin.

Dia melakukan kesalahan itu sebagai dorongan kepada pengadu untuk tidak mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak Astro untuk pemotongan perkhidmatan Astro bagi langganan kediaman atas nama suami pengadu yang digunakan di premis perniagaan terbabit, kira-kira pukul 8.40 malam, 19 Oktober 2010.
@sinarharian.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...