Monday, June 4, 2012

KDN 'alu-alukan' saman penerbit buku Irshad Manji

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KLUANG -  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara sinis mengalu-alukan penerbit buku karya Irshad Manji yang dilaporkan berhasrat untuk menyaman kementerian itu.

Beliau berkata, kementerian sememangnya menantikan Ezra Zaid, iaitu penerbit buku karya Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' untuk tampil membantu siasatan.

"Sama ada dia tampil secara sukarela atau tampil untuk menyaman KDN saya tidak kisah, yang pasti dia perlu tampil ke hadapan untuk bertanggungjawab dengan tindakan yang telah beliau lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas menghadiri majlis bersama pemimpin dan pelancaran buku 'Dian Desa 2012' di Sekolah Kebangsaan Ladang Mutiara, Kahang di sini hari ini.

Beberapa laman portal pembangkang sebelum ini menyiarkan laporan tentang hasrat penerbit buku berkenaan untuk memfailkan tindakan undang-undang, bukan
sahaja terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi juga terhadap dua jabatan agama iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Agama
Islam Selangor (Jais). - Bernama
@sinarharian.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...