Monday, June 4, 2012

Anak perempuan Ina Naim

Anak perempuan Ina Naim
Ina Naim
LAMA sungguh tidak mendengar khabar bekas tunang Mawi, iaitu Ina Naim yang kini berbahagia di samping suaminya yang juga penyanyi kumpulan nasyid In Team, Suhaimi.

Berita terbaru yang diterima ialah Ina telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Hospital Kota Tinggi, Johor, Rabu lalu.

Kelahiran anak ketiga pasangan itu disambut dengan teruja kerana ini merupakan cahaya mata perempuan pertama dalam keluarga mereka.

Sebelum ini, Ina dan Suhaimi sudah memiliki dua anak lelaki iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 4, dan Sallman Elkhoyri, 2.

Pastinya yang lebih gembira ialah Ina sendiri kerana dia sememangnya sudah lama mengimpikan seorang anak perempuan. Tahniah!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...