Thursday, June 21, 2012

Hujan Tetap Hujan Seperti Yang Dulu – Noh

Bertempat di Restoran Rebung Bangsar Milik Bersama Chef Ismail dan juga Sheikh Muzaffar telah diadakan satu majlis kesyukuran sempena kemenangan Hujan di Versus.

Hujan Versus
Menurut Band Hujan yang kami temui di majlis tersebut mengakui cabaran terbesar apabila berada didalam pertandingan seperti Versus ini ialah apabila membawa lagu milik penyanyi lain tanpa merosakkannya. Ditanya apa perbezaan selepas dan sebelum Versus. Menurut mereka tiada apa – apa perbezaan yang ketara selepas muncul juara Versus. Hujan tetap seperti hujan yang dahulu. “Sifat kekeluargaan yang ada pada kami diantara ahli hujan menjadikanya mudah untuk berkomunikasi dan berbincang berkaitan dengan perkembangan band ini.” Ujar Noh.

Hujan Versus
“Mencuba sesuatu yang baru adalah perkara yang akan dilakukan oleh kami dari masa kesemasa, ini bagi membolehkan kami terus bergerak maju kehadapan supaya para peminat tidak akan cepat berasa bosan dengan karya yang kami cuba sampaikan melalui musik. Ini adalah salah satu cara bagaimana kami mendekatkan diri dengan peminat disamping menjadikan peminat itu seperti rakan kami sendiri” Ujar Hang Dimas
Bagi kumpulan Hujan perancangan bagi jangka pendek mereka adalah untuk mempromosikan album dan juga akan terlibat dengan Road Tour yang akan diadakan pada tahun ini. Kemenangan di Versus juga menurut Noh tidak akan mengubah apa – apa pendirian Hujan tentang muzik yang dibawa mereka sejak dari dulu. “Hujan tetap hujan seperti yang dulu.Tak mungkin kami akan menjadi seperti mana mana band yang lain”

Hujan Versus
Hujan Versus
Hujan Versus
Hujan Versus
Hujan Versus
Hujan Versus
Hujan Versus
Hujan Versus
Hujan Versus
Hujan Versus
Hujan Versus
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...