Sharifah Zarinanatasya Jamalulail satu nama yang tidak peka untuk kita ambil perhatian. Malah kami di BM juga begitu asing dengan indentiti ini. Tapi semuanya terjawab pada mala gala Aku,Kau & Dia yang diadakan baru – baru ini.
![Sharifah Zarinanatasya Jamalulail - Aku, Kau 7 Dia](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEdO16huRhqc1JvTMp3ViG92OMEzyRTgFveq0_i0Q9J3ybVJA-eU6JB_9Da9_CKsz0RzJBj7YPiXvqYuriEsofgovdUCT7FCsz8CQXjgu8InIGwlBCdnqebafF1B5KAAPDLmSz5RrZuDg/s1600/IMG_9506.jpg)
Menurut info yang diberitahu kepada kami beliau merupakan bekas finalis Dewi Remaja 2010. Zarina yang sudah berkahwin kini sedang mengandung cahaya mata yang pertama. Walaupun begitu beliau tetap anggun di majlis tersebut.
Lebih mesra dipanggil Zarina beliau memaklumkan ini adalah lakonanya yang pertama didalam filem. Tambahnya lagi “Cerita ini banyak mengunakan emosi, pada mula mula cuba untuk menghidupkan watak emosi ini memang saya agak sukar. Apatah lagi ianya merupakan lakonan pertama saya. Tapi mujurlah saya ada masuk kelas lakonan ditambah pula dengan tunjuk ajar dari pengarah filem ini iaitu Pierre Andre jadi ianya banyak membantu saya”
Memandangkan kini beliau sudah berhijrah (bertudung) maka katanya setiap tawaran berlakon yang diterima akan dipertimbangkan sewajarnya sesuai dengan imej yang dibawanya pada masa kini. Ujarnya lagi “Jika tawaran itu sesuai dengan masa dan tanggunjawab saya sebagai seorang isteri dan bakal seorang ibu tiada sebab untuk saya menolaknya dan akan pertimbangkan sebaik mungkin”
![Sharifah Zarinanatasya Jamalulail - Aku, Kau 7 Dia](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlYic-ikKdZdMqAoXKHjdsv9W1EyCN1ncfQn-zVIMjHbdqtF3RveuCGXxzifZdfI-8mnlliEP77w2a02LM4YS3HdvvU4a1rOpv-Fl5V4_3pOQlE-qdyzazIIE6MMCESUn9BivBM6EcAMM/s1600/IMG_9496.jpg)
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment