Thursday, May 17, 2012

Jejai Terpilih Bertarung Perlumbaan Di Litar Sepang Mewakili Lamborghini!

Amboi, satu demi satu ‘kejayaan’ yang berjaya dimiliki insan bernama Rizal Ashram Tan Sri Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai ini.
Mula-mula berjaya memiliki Fasha Sandha, kemudian bakal mendapat anak kedua, yang terbaru Jejai terpilih pula untuk memandu kereta Lamborghini seterusnya mewakili jentera tersebut sempena siri perlumbaan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia yang pertama kali diadakan di Litar Sepang bermula 25-27 Mei 2012 nanti.
Jejai akan mewakili pasukan Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia.
Menurut krew Paultan.org, musim perlumbaan 2012 ini bakal menyaksikan pasukan daripada Singapura, Malaysia, Thailand, Hong Kong, Taiwan, Jepun dan China berentap bagi merebutkan trofi kejuaraan perlumbaan berkenaan.
Siri perlumbaan ini mendapat kerjasama daripada Blancpain, Swiss Watchmaker dan penaja siri Eropah.
Dalam majlis pelancarannya, Ohbulan melaporkan yang Fasha Sandha turut hadir menemani suaminya yang tercinta itu.
Ia dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang memakai baju Polo Tee berwarna biru.
Cuma buat Jejai, lumba-lumba juga tapi keselamatan diri pun nak kena jaga.
Orang kata pengantin ni ‘darah manis’.
Mantapkan kemahiran memandu tu dulu sebelum betul-betul berentap di litar.
Semoga kejayaan milik dia…mungkin inilah yang dikatakan ‘rezeki anak’….
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...