Thursday, May 17, 2012

‘KL Gangster’ Bercerai Dengan Isteri?

'KL Gangster' Bercerai Dengan Isteri?
KUALA LUMPUR – Satu berita yang amat mengejutkan di mana pelakon lelaki kacak, Ady Putra telah mengesahkan sudah pun memfailkan perceraian terhadap isterinya, Aida Yusof, di Mahkamah Syariah pada 11 Mei lalu.
Pasangan yang sering kali tampil bahagia di khalayak ramai itu mengesahkan mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah secara baik memandangkan tiada persefaham lagi dalam rumah tangga yang dibina.
Sebelum ini, Ady Putra pernah diasak dengan pertanyaan tentang kehidupannya dengan isteri yang masih lagi belum mempunyai anak.
Memetik laporan berita dari Harian Metro, Ady Putra menafikan punca perceraian berlaku disebabkan oleh orang ketiga mahu pun isu tidak mempunyai anak.
Ekoran dari itu, Ady Putra enggan membuka mulut berikutan tidak mahu mengaibkan kedua-dua belah pihak.
“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” kata Ady Putra.
Walaupun perit untuk menerima takdir Ilahi dalam perjalanan hidup rumah tangganya, Ady Putra akur dengan keputusan yang dibuat bila memikirkan jodohnya dengan Aida tidak berpanjangan.
“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...